Selain model Neo 5SE, iQOO juga telah mengumumkan model yang lebih berkuasa iaitu iQOO Neo 5S. Ia mempunyai skrin AMOLED bersaiz 6.62 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhan segera 1000Hz serta sokongan untuk HDR10+.
Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 888 dengan memori sehingga 256GB dan 12GB RAM. Ia turut dipadankan dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 66W yang boleh mengecas telefon dari 0 hingga 70% dalam masa 18 minit sahaja. [AdsPost]
Spesifikasi & Harga iQOO Neo 5S
- Skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.62-inci dengan kadar segar 120Hz, HDR10+
- Pemproses Octa-Core Snapdragon 888 (5nm) dengan Adreno 660 GPU
- Pilihan memori 8GB/128GB, 8GB/256GB dan 12GB/256GB
- Platform Android 11 dengan antaramuka OriginOS Ocean
- Kamera belakang 48MP, 13MP kamera sudut lebar, 2MP sensor makro
- 16MP kamera selfie
- Pengimbas cap jari dibawah skrin, Stereo speaker
- Rangkaian 5G SA/ NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac, Bluetooth 5.2
- Bateri 4,500 mAh dengan pengecas pantas 55W
- Harga iQOO Neo 5S di Malaysia dijangka sekitar RM1799 (8GB/128GB)
Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama 48MP dengan OIS, kamera ultra lebar 13MP dan kamera makro 2MP. Ia juga mempunyai kamera hadapan dengan sensor 16M. Telefon sesuai untuk gaming ini juga mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan serta mempunyai 4D Game Vibration 3.0.
iQOO Neo 5S didatangkan dalam warna Hitam, Biru dan Oren, berharga 2699 yuan (Sekitar RM1799) untuk model 8GB/128GB, 2899 yuan (Sekitar RM1999) untuk model 8GB/256GB dan 3199 yuan (Sekitar RM2199) untuk versi 12GB/256GB. Buat masa ini tiada maklumat harga serta ketersediaan untuk pasaran Malaysia.