Sony merupakan salah satu jenama terbaik dalam dalam dunia fotografi. Untuk kamera mirrorless keluaran Sony, terdapat dua siri utama yang popular iaitu siri A6000 yang menggunakan sensor APS-C dan siri A7 yang menggunakan sensor Full Frame.
Lagi Produk PC Terbaik Di Malaysia
- Router WIFI 6 Mampu Milik Terbaik
- Keyboard Gaming Bawah RM500
- Gaming Mouse Terbaik
- Speaker Terbaik Untuk PC
Bagi yang baru dalam dunia fotografi, kamera mirrorless siri A6000 akan menjadi pilihan oleh kerana harganya yang lebih mampu milik. Siri kamera ini juga popular dikalangan vlogger, youtuber dan juga kaki travel memandangkan reka bentuknya lebih kecil, skrin yang boleh lipat dan mudah dibawa kemana sahaja.
Jadi, di bawah ini kami senaraikan Kamera APS-C Mirrorless Sony terbaik yang anda boleh pertimbangkan. Kamera-kamera tersebut termasuk Sony ZV-E10 yang amat sesuai untuk vlogger, Sony A6600 dengan sistem IBIS serta Sony A6400 yang merupakan salah satu kamera Sony yang popular di Malaysia.
![]() . 1. Sony ZV-E10 |
|
Sony ZV-E10 merupakan kamera mirrorless yang dicipta khusus untuk vlogger dan juga youtuber. Rekaannya ringan dan kompak dengan skrin boleh lipat yang akan memudahkan anda mengambil video untuk vlog dan juga selfie. |
![]() . 2. Sony A6600 |
|
Sony A6600 memiliki in-body image stabilization atau dikenali sebagai IBIS. Ia akan menghasilkan gambar lebih tajam atau video yang lancar tanpa gegaran. Sony A6600 memiliki rekaan yang lebih besar berbanding model lain dengan berat 503g. Kapasiti bateri juga lebih besar berbanding siri A6000 yang lain dimana ia mampu mengambil gambar sehingga 810 kali untuk sekali cas penuh. |
![]() . 3. Sony A6100 |
|
Sony A6100 memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan model A6400. Perbezaannya utamanya adalah A6100 tidak memiliki Picture Profile, resolusi viewfinder yang lebih rendah iaitu 1,440k-dot serta Expanded ISO 512,00 berbanding A6400 memiliki Expanded ISO 1024,00. |
![]() . 4. Sony A6400 |
|
Sony A6400 antara model kamera popular di Malaysia untuk golongan juru gambar, youtuber dan sebagainya memandangkan harganya yang lebih berpatutan berbanding pesaingnya dari jenama lain. Ia menggunakan sensor APS-C, memiliki electronic viewfinder serta mampu merakan video 4K 30p. |
![]() . 5. Sony A6500 |
|
Sony A6500 merupakan model kamera keluaran 2016 yang kini diganti oleh model A6600. Walaupon lebih lima tahun berada di pasaran. Model ini antara kamera Sony APS-C terbaik sehingga kini. Ia memiliki penstabilan imej IBIS yang sangat-sangat membantu menghasilkan video professional tanpa gegar. |
![]() . 6. Sony A6300 |
|
Sony A6300 menawarkan rakaman video 4K 30p dengan menggunakan sensor 24MP CMOS. Ia memiliki ISO 100 – 25,600 dan boleh ditingkatkan sehingga 51,200. Di Malaysia, ia dijual pada harga sekitar RM3699 untuk body sahaja. |
![]() . 7. Sony A5100 |
|
Berbanding model kamera yang lain, Sony A5100 menawarkan rekaan yang lebih kompak dan kecil. Ia berkongsi banyak spesifikasi dengan model A6000. Namun ia tidak memiliki Viewfinder. Di Malaysia, ia dijual pada harga sekitar RM2099 termasuk lensa 16-50mm. Memandangkan ia berbadan kecil, ia amat sesuai untuk kaki travel. |
![]() . 8. Sony A6000 |
|
Sony A6000 menawarkan pakej lengkap untuk juru kamera permulaan atau pertengahan. Ia menawarkan sensor APS-C CMOS 24MP dengan sistem lensa E-Mount. Ia turut menawarkan skrin LCD 3″ TFT yang boleh dilipat. Di Malaysia, Sony A6000 ditawarkan pada harga sekitar RM2499. |