Keyboard Gaming Terbaik Bawah RM200

Papan kekunci atau keyboard adalah bahagian penting dalam permainan PC. Bagi peminat gaming tegar, mereka akan menghabiskan berjam-jam untuk menekan papan kekunci semasa bermain. Jadi, butang pada keyboard mestilah sentiasa responsif dan selesa. Ia mesti cukup kuat untuk menerima tekanan dari jari yang ditekan berkali-kali semasa sesi permainan.

Untuk keyboard gaming, anda harus selalu mempertimbangkan papan kekunci permainan berwayar oleh kerana ia lebih responsif. Sebilangan besar papan kekunci Bluetooth akan mengalami masalah kependaman (latency issue) terutamanya apabila kekurangan kuasa bateri. Jadi, sebab itula saya juga menyenaraikan papan kekunci permainan berwayar dalam senarai ini.

Perbezaan utama antara keyboard gaming yang berharga murah dan berharga lebih tinggi sudah tentu dari segi kualiti serta ketahanan material yang digunakan, fungsi kali air, hadir dengan perehat tangan, butang tambahan yang boleh diprogramkan, selesa dan senyap dan sebagainya. Berikut adalah senarai Keyboard Gaming Terbaik Di Bawah RM200 yang anda boleh beli mengikut bajet anda. Senarai dibawah disusun secara rawak.

.

1. HP K500F / K500Y

  • Keyboard jenis membran
  • Lampu LED Backlight
  • Panel besi tahan karat & calar
  • 1 Tahun Warranty
  • Harga RM45 – RM50
HP K500F merupakan keyboard gaming yang paling murah dalam senari ini. Dengan harga sekitar RM50, papan kekunci keluaran HP ini hadir dengan panel besi yang tahan karat dan calar. Ia juga hadir dengan lampu backlight LED yang kelihatan cantik berwarna-warni. Terdapat dua model yang ditawarkan iaitu HP K500F dengan butang kekunci petak dan HP K500Y dengan butang kekunci bulat.

.

2. Razer Cynosa Lite

  • Prestasi gaming keyboard sebenar
  • Lampu Single Zone Razer Chroma
  • Reka bentuk tahan tumpahan air
  • 2 Tahun Warranty
  • Harga RM99
Untuk papan kekunci keluaran Razer, model Cynosa Lite merupakan keyboard gaming yang paling murah. Razer Cynosa Lite dibuat sepenuhnya dari plastik, sama seperti pesaingnya. Namun prestasi gaming cukup baik untuk sebuah keyboard dibawah harga RM100. Ia juga memiliki lampu RGB Single Zone yang akan memaparkan lampu warna tunggal pada setiap butang.

.

3. Corsair K55 RGB

  • Butang yang senyap dan responsif
  • Lampu 3-Zone RGB backlight
  • tahan habuk dan tumpahan air
  • 2 Tahun Warranty
  • Harga RM190 – RM220
Papan Kekunci Gaming CORSAIR K55 RGB pula menampilkan lampu latar RGB tiga zon dinamik serta enam kekunci makro yang boleh diprogramkan menggunakan perisian Elgato Stream Deck. Keyboard ini juga memiliki fungsi tahan debu dan tumpahan air IP42 serta memiliki perehat tangan yang boleh dibuka.

.

4. Logitech G213 Prodigy

  • Dilengkapi dengan perehat tangan
  • Lampu Lightsync RGB
  • tahan tumpahan air
  • 2 Tahun Warranty
  • Harga RM160 – RM170
Papan kekunci permainan Logitech G213 Prodigy menampilkan butang kekunci Logitech G Mech-Dome yang diselaraskan bagi memberikan tindak balas taktil yang lebih baik serta dan prestasi keseluruhan yang serupa dengan papan kekunci mekanikal. Kekunci Mech-Dome mempunyai ketinggian penuh, jarak perjalanan 4mm, daya gerak 50g serta bunyi yang minima. Logitech G213 Prodigy juga memiliki 5-Zon pencahayaan yang boleh diaturkan melalui aplikasi Logitech Lightsync.

.

5. MSI VIGOR GK30

  • Keyboard jenis mekanikal membran
  • Lampu RGB Backlight
  • tahan tumpahan air
  • 1 Tahun Warranty
  • Harga RM150 – RM170
Dengan harga sekitar RM170, MSI Vigor GK30 menawarkan beberapa fungsi seperti produk yang lebih mahal. Ia merangkumi pencahayaan RGB, butang kekunci membran dengan rasa kekunci serta ahan tumpahan air. Butang kekunci GK30 menggunakan reka bentuk pembinaan 3 bahagian yang telah diuji lebih 12 juta klik yang memastikan ketahanan yang lebih baik.