Keyboard Gaming Terbaik Bawah RM500

Adakah anda mencari papan kekunci atau keyboard permainan terbaik di bawah RM500? Sekiranya anda ingin bermain dengan serius di komputer anda, papan kekunci desktop yang biasa mungkin tidak begitu sesuai untuk anda. Ini kerana, untuk gaming, anda memerlukan kerangka keyboard yang lebih kukuh, butang kekunci yang responsif serta beberapa fungsi lain termasuk butang kekunci yang boleh diprogramkan, perehat tangan dan sebagainya.

Dengan pelbagai tambahan fungsi tersebut, papan kekunci khusus untuk permainan tidak murah. Mencari papan kekunci permainan terbaik dengan harga yang terbatas adalah proses yang agak sukar. Sekiranya anda tidak cukup sabar, anda mungkin mendapat papan kekunci murah yang tidak dapat memenuhi keperluan permainan dan menaip anda.

Jadi, untuk memudahkan anda kami telah senaraikan papan kekunci permainan terbaik di bawah senarai RM500 yang boleh anda pertimbangkan. Senarai dibawah disusun secara rawak.

.

1. SteelSeries Apex 3 RGB

  • Butang kekunci senyap yang mampu bertahan sehingga 20 juta tekanan kekunci
  • Lampu RGB 10-Zon yang boleh diprogramkan
  • Kalis air serta tahan tumpahan (IP32)
  • Perehat tangan magnetik premium
  • Tersedia dengan kawalan Multimedia khusus
  • Harga RM280 – RM300
SteelSeries Apex 3 adalah papan kekunci permainan dengan suis kubah getah. Ia mempunyai kualiti binaan yang baik serta dilengkapi dengan perehat tangan magnet. Ini memberikan pengalaman menaip yang baik dan tidak meletihkan. Ia juga dilengkapi dengan lampu latar RGB 10-zon dengan banyak pilihan kesan khas melalui perisian SteelSeries ‘Engine. Secara keseluruhan, ini adalah pilihan yang baik bagi mereka yang mempunyai bajet sekitar RM300 atau yang tidak suka papan kekunci mekanikal.

.

2. ASUS TUF Gaming K3

  • Keyboard mekanikal dengan jangka hayat tekanan kekunci lebih 50 juta kali
  • Kekunci lampu latar individu dengan Aura Sync RGB
  • Penutup atas aluminium untuk kerangka yang lebih kukuh
  • Tersedia dengan perehat tangan
  • Hadir dengan kawalan Multimedia
  • Harga RM260 – RM300
ASUS TUF Gaming K3 dibina dari bahan berkualiti dengan reka bentuk mekanikal sepenuhnya untuk prestasi kerja dan permainan yang lebih baik. Sudah tentu, ia juga memiliki lampu latar RGB yang boleh diprogramkan memlalui aplikasi Aura Sync RGB. Ia juga menyokong 100% anti-ghosting dengan teknologi N-key rollover (NKRO) untuk prestasi lebih responsif.

.

3. Razer Cynosa V2 Chroma

  • Butang kekunci dengan lampu backlight individu
  • Butang kekunci boleh diprogramkan sepenuhnya
  • Butang multimedia khusus
  • Tahan lasak dan tahan tumpahan air
  • Harga RM200 – RM220
Razer Cynosa V2 adalah papan kekunci permainan berwayar dengan lampu latar RGB penuh dan kekunci makro yang dapat diprogramkan. Ia mempunyai suis kubah getah yang terasa ringan bila ditekan. Ia juga memiliki butang multimedia khusus serta tahan dengan tumpahan air.

.

4. HYPERX Alloy Origins Core

  • Butang kekunci mekanikal
  • Diperbuat dari bahan aluminium Aircraft-Grade sepenuhnya
  • Lampu RGB dengan kesan khas yang dinamik
  • Fungsi Game Mode, 100% anti-ghosting
  • Harga RM399 – RM459
Papan kekunci permainan HYPERX Alloy Origins Core menampilkan butang kekunci mekanikal penuh dengan kerangka dari aluminium sepenuhnya. Ia direka dengan rekaan kompak serta sambungan kabel USB-C yang boleh ditanggalkan. Ia juga tersedia dengan memori terbina dengan tiga profile, fungsi mod permainan serta 100% anti-ghosting.

.

5. Cooler Master CK550 V2 RGB

  • Keyboard jenis mekanikal
  • Lampu RGB Backlight
  • Tersedia dengan perehat tangan
  • Dibina dari bahan aluminium dan plastic
  • Harga RM245 – RM265
Cooler Master CK550 V2 RGB adalah salah satu papan kekunci mekanikal mid-range terbaik. Ia menawarkan reka bentuk aluminium yang bergaya, lampu latar RGB yang dapat diprogramkan sepenuhnya serta penawaran pada harga yang sangat rendah berbanding persaingnya.