Ramai peminat gaming tahu bahawa kos untuk menghasilkan komputer gaming adalah sangat tinggi. Tetapi bagi mereka yang serius sudah tentu bukanlah menjadi penghalang untuk melabur ribuan ringgit untuk memenuhi kehendak gaming mereka.
Untuk mendapatkan sebuah komputer gaming terbaik, banyak aspek yang harus di pertimbangkan dan bukan sahaja melihat pada CPU, GPU, RAM serta Memori yang digunakan. Aspek lain juga perlu dilihat termasuk sistem pengudaraan, kapasiti bateri dan sebagainya. [AdsPost]
Untuk julat harga RM5000, komputer riba gaming yang boleh didapati tidaklah begitu sempurna. Namun ia memadai untuk menjalankan sebarang jenis permainan dengan lancar aturan grafik minima hingga sederhana. Di bawah ini kami senaraikan 5 laptop gaming dibawah harga RM5000 yang boleh anda pertimbangkan bedasarkan bajet anda. Senarai dibawah disusun secara rawak.
. 1. Acer Nitro 5 (AN515-45-R9RJ) |
|
[TopF1]Sekiranya anda memiliki bajet yang rendah, Acer Nitro 5 salah satu pilihan yang perlu anda pertimbangkan. Harganya sekitar RM3699, namun apa yang ditawarkan sangat berbaloi dengan CPU AMD Ryzen 5 5600H generasi terkini serta Nvidia GTX 1650 4GB GDDR6. Rekaannya premium dengan papan kekunci lampu RGB-Backlit serta skrin Skrin IPS 15.6 Inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel. |
. 2. MSI Thin GF63 (10SC-251) |
|
[TopF2]MSI Thin GF63 menawarkan pemproses Intel Core i5-10500H dengan 8GB DDR4 RAM serta 256GB PCIe NVMe SSD. Ia juga menampilkan skrin IPS 15.6 Inci dengan kadar segar 144Hz yang sangat sesuai untuk gaming yang lancar. Ia juga terbina dengan kerangka aluminium ringan dengan sistem pengudaraan yang berbentuk “X” yang terletak di bahagian dalam. |
. 3. MSI Bravo 15 (A4DCR-069) |
|
[TopF3]Bagi yang inginkan laptop gaming dengan julat harga RM3000 – RM4000 yang menggunakan chipset Ryzen, MSI Bravo 15 salah satu model yang boleh diketengahkan untuk anda. Ia menggunakan cip AMD Ryzen 5 4600H generasi ke-4 dengan pemproses grafik AMD Radeon RX 5300M 3GB GDDR6. Ia juga menampilkan skrin IPS 15.6 dengan bezel nipis serta sokongan Dragon Center dengan Gaming Mode 2.0. |
. 4. Asus ROG Strix G15 G513Q |
|
[TopF4]Asus ROG Strix G15 G513Q menampilkan rekaan yang unik dengan lampu backlit papan kekunci RGB serta serta jalur RGB di bawah laptop. Untuk harga sekitar RM5000 anda boleh dapatkan model Asus ROG Strix G15 dengan pemproses AMD Ryzen 7 5800H, NVIDIA GeForce RTX 3050, 8GB DDR4 RAM dan 512GB SSD. |
. 5. ASUS TUF GAMING A17 (FA506I-IHN241T) |
|
[TopF5]ASUS TUF GAMING A17 hadir dengan rekaan laptop gaming premium dan ringkas dengan kerangka aluminium. Ia menawarkan skrin IPS 15.6 Inci, resolusi 1920 x 1080 pixel dan kadar segar 144Hz. Ia juga menawarkan chipset AMD Ryzen 7 4800H serta 512GB PCIE NVME SSD memori dan 8GB DDR4 RAM. |