Laptop Murah Terbaik Bawah RM2000

Tidak semua orang yang mampu membeli komputer riba premium seperti Dell XPS 13 atau MacBook Air. Komputer riba bukanlah sempurna, tetapi ia menawarkan pakej yang sangat baik dengan harga yang berpatutan.

Sekiranya anda hanya perlu melakukan tugas-tugas asas seperti melayari laman web, memeriksa email, menonton video, menaip dokumen dan sebagainya, komputer riba mampu milik dibawah harga RM2000 sudah memadai untuk anda. Komputer riba dengan julat harga sebegini akan menggunakan pemproses Intel I3 serta Ryzen 3 dan kebawah.

Selain CPU, perkera penting yang anda harus lihat ialah penggunaan storan Solid State Disc (SSD) berbanding Hard Disk (HDD) memandangkan SSD memiliki keupayaan menghantar data lebih pantas berbanding HDD. Anda juga perlu memilih komputer riba dengan kebolehan ruang memori RAM yang boleh yang boleh dinaik taraf. Dibawah ini adalah senarai komputer riba atau Laptop bawah harga RM2000 yang boleh anda pertimbangkan.

.

1. Acer Aspire 3 A315-23-R6UX

  • Skrin IPS LCD 15.6 Inci, 1920 x 1080 pixel
  • AMD Ryzen 3 3250U 3-Gen (2-Core / 4-Thread)
  • AMD Radeon Graphics
  • 256GB PCIe SSD
  • 4GB SoDIMM DDR4 RAM (Boleh Upgrade Hingga 16GB)
  • Bateri 37Wh
  • Wi-Fi 802.11b/g/n, Bluetooth 4.2
  • Harga RM1999 – RM2199
Jenama Acer sudah tidak asing lagi bagi kita untuk komputer riba mampu milik. Ia menawarkan spesifikasi yang cukup baik pada harga yang rendah. Untuk harga sekitar RM2000, anda boleh memiliki komputer riba baru keluaran Acer yang menggunakan pemproses Ryzen 3 3250U 3, 256GB SSD da juga 4GB DDR4 RAM. Menariknya mengenai laptop keluaran Acer ini, memori RAM boleh ditukar tambah sehingga 16GB.

.

2. Lenovo IDEAPAD SLIM 3i

  • Skrin TN 14 Inci, 1920 x 1080 pixel
  • Intel Core i3-1005G1 10-Gen (2-Core / 4-Thread)
  • Integrated Intel UHD Graphics
  • 256GB SSD M.2 2242 PCIe NVMe 3.0×2
  • 4GB Soldered DDR4-2666 RAM (Tidak Boleh Upgrade)
  • Bateri 38Wh
  • Wi-Fi 802.11ac , Bluetooth 5.0
  • Harga RM1950 – RM2200
Bagi yang gemarkan laptop dengan pemproses Intel pula, Lenovo IDEAPAD SLIM 3i salah satu model yang sesuai untuk anda, Ia menggunakan pemproses Intel Core i3-1005G1 10-Gen dengan memori 256GB SSD dan 4GB DDR4 RAM yang tidak boleh ditukar ganti. Ia juga hadir dengan skrin jenis TN bersaiz 14 Inci dengan resolusi FHD.

.

3. Acer Swift 1

  • Skrin IPS LCD 14 Inci, 1920 x 1080 pixel
  • Intel Pentium Silver N6000 (4-Core / 4-Thread)
  • Intel UHD Graphics
  • 256GB PCIe NVMe SSD
  • 4GB LPDDR4 RAM (Tidak Boleh Upgrade)
  • Bateri 48Wh
  • Wi-Fi 6 AX200, Bluetooth 5.0
  • Harga RM1999 – RM2199
Bagi yang inginkan laptop bawah RM2000 yang menggunakan chipset terkini, Acer Swift 1 generasi terkini baru sahaja diumumkan yang menggunakan cip Intel Pentium Silver N6000. Acer Swift 1 menampilkan skrin IPS LCD 14-inci dengan storan 256GB PCIe NVMe SSD dan 4GB LPDDR4 RAM serta menyokong Wi-Fi 6 AX200 dan Bluetooth 5.0.

.

4. DELL INSPIRON 15 (3505)

  • Skrin IPS LCD 15.6 Inci, 1366 x 768 pixel
  • AMD Athlon Silver 3050U (2-Core / 2-Thread)
  • AMD Radeon Graphics
  • 56GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • 4GB DDR4 2400MHz
  • Bateri 42Wh
  • Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0
  • Harga RM1799 – RM1899
Bagi peminat laptop keluaran Dell, Dell Inspiron 15 3505 salah satu model yang boleh diketengahkan untuk anda. Ia menggunakan cip AMD Athlon Silver 3050U dengan pemproses grafik AMD Radeon. Dell Inspiron 15 menampilkan skrin IPS LCD 15.6-inci dengan storan 56GB M.2 PCIe NVMe SSD dan 4GB DDR4 2400MHz. Bagi yang memiliki lebih bajet, DELL INSPIRON 15 (3505) banyak variasi yang boleh dipilih termasuk model dengan Ryzen 3 yang berharga sekitar RM2399.

.

5. Asus A516M-ABR296T

  • Skrin IPS LCD 15.6 Inci, 1366 x 768 pixel
  • Intel Celeron N4020 Processor 1.1 GHz
  • Intel UHD Graphics 600
  • 256GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • 4 / 8GB DDR4 SO-DIMM
  • Bateri 37Wh
  • Wi-Fi 5, Bluetooth 4.1
  • Harga RM1699 – RM1899
Untuk dibawah harga RM2000, tiadak banyak model laptop keluaran Asus untuk kategori ini. Asus lebih banyak mengeluarkan laptop dengan spesifikasi sederhana dan tinggi. Untuk laptop dibawah RM2000 Asus A516M-ABR296T mungkin pilihan yang terakhir. Ia hadir dengan skrin IPS 15.6 inci resolusi 1366 x 768 pixel dan Intel Celeron N4020.