Sekiranya anda mencari laptop baru dengan harga dibawah RM3,000, kami ada berita baik untuk anda. Kini terdapat lebih banyak pilihan laptop terbaik pada harga berpatutan di pasaran berbanding tahun-tahun sebelum in.
Bagi yang tidak mengikuti perkembangan teknologi, mencari komputer riba atau laptop yang sesuai mungkin agak sukar memandangkan begitu banyak pilihan di pasaran sekarang ini. Kita mungkin akan teruja bila melihat sebuah laptop dibawah harga RM3000 yang menggunakan pemproses Intel i7. Namun, setelah di teliti ia menggunakan cipset generasi yang agak lama.
Untuk memudahkan carian anda, kami telah senaraikan lima laptop terbaik dibawah harga RM3000 yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Namun, perlu di ingatkan sesetengah laptop ini memiliki harga yang berbeza berbanding harga di bawah bergantung kepada variasi cipset, memori dan juga RAM yang anda pilih.
![]() . 1. Lenovo ThinkBook 14s Gen 2 |
|
Lenovo ThinkBook 14s Gen 2 adalah pilihan terbaik untuk harga sekitar RM3000. Walaupon harganya lebih sedikit tinggi iaitu sekitar RM3299 – RM3499, namun apa yang ditawarkan sangat berbaloi. Rekaannya premium dengan kerangka aluminium serta papan kekuncinya memiliki lampu LED-Backlit warna putih yang memudahkan menaip walaupon dalam keaadan gelap. Untuk prestasi, laptop ini menawarkan cipset Intel Core i5-1135G7 generasi ke-11 yang baru sahaja dilancarkan penghujung 2020. |
![]() . 2. Acer Aspire 5 A514-54 |
|
Acer Aspire 5 A514-54 menawarkan prestasi sama dengan Lenovo ThinkBook 14s Gen 2 dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 . Bagi yang selalu menggunakan aplikasi dengan RAM yang tinggi, Laptop ini menawarkan variasi RAM sehingga 20GB yang sangat memadai untuk menjalankan multi aplikasi serentak. Kekurangnya berbanding Lenovo ThinkBook 14s Gen 2 adalah kapasiti bateri lebih kecil dan tiada LED Backlit keyboard. |
![]() . 3. Dell Inspiron 15 3505 |
|
Bagi yang inginkan laptop bawah RM3000 yang menggunakan chipset Ryzen, Dell Inspiron 15 3505 salah satu model yang boleh diketengahkan untuk anda. Ia menggunakan cip AMD Ryzen 5 3500U generasi ke-3 dengan pemproses grafik AMD Radeon Vega 8. Dell Inspiron 15 menampilkan skrin IPS LCD 15-inci dengan storan 512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive dan 8GB, 1x8GB, DDR4, 2400MHz. |
![]() . 4. MSI Modern 14 B10MW-442 |
|
Bagi yang kaki gaming, MSI Modern 14 B10MW-442 menawarkan rekaan laptop seolah-olah model gaming dengan kerangka silver dan hitam serta keyboard LED backlit. Untuk harga sekitar RM2399 anda boleh dapatkan model dengan pemproses Intel Core i3-10110U. Bagi yang inginkan lebih prestasi boleh dapatkan model laptop dengan pemproses Intel Core i7-1165G7 atau i7-1185G7 dengan harga yang boleh mencapai sehingga RM5000. |
![]() . 5. Microsoft Surface Laptop GO |
|
Microsoft Surface Laptop GO hadir dengan rekaan laptop premium dan ringkas dengan kerangka aluminium yang nipis. Memandangkan ia hanya sebesar kertas A4, laptop ini amat sesuai untuk pelajar. Ia menawarkan skrin Skrin Sentuh 12.4-inci PixelSense dengan resolusi 1536 x 1024 pixel. Ia juga menawarkan chipset Intel Core i5-1035G generasi ke-10 serta pilihan memori dan RAM bermula 64GB eMMC / 4GB RAM sehingga 256GB SSD / 8GB RAM. |
Latest Phones In Malaysia |






Comments |
Leave a Reply