Leica hari ini memperkenalkan model telefon baru iaitu Leitz Phone 2. Ia merupakan model yang berasaskan Sharp AQUOS R7 yang diperkenalkan awal tahun ini. Leitz Phone 2 mempunyai sensor imej CMOS 47.2 MP 1 inci yang digabungkan bersama pemproses Snapdragon 8 Gen. 1 SoC.

Leitz Phone 2 mempunyai bingkai aluminium dan paparan Gorilla Glass yang melindungi skrin OLED bersaiz 6.6 inci. Ia juga mempunyai penarafan IPX5-IPX8/IP6X untuk rintangan Air dan habuk.

Untuk kamera, peranti ini menampilkan lensa utama 47.2 MP dengan sensor 1-inci dan aperture f/1.9. Ia juga mempunyai zum digital 6x dan zum digital boleh laras berterusan 8x untuk kamera swafoto.

Fungsi lain yang terdapat pada model ini termasuk 5,000mAh dengan pengecas pantas, pengimbas cap jari di bawah skrin dan sokongan 5G SA/NSA.

Leica Leitz Phone 2 didatangkan dalam warna Leica White dan akan tersedia secara eksklusif di Jepun mulai 18 November dengan harga 225,360 yen (Sekitar RM7399).