Lenovo Vibe K5 Dan K5 Plus

Lenovo Perkenalkan Peranti Mampu Milik Lenovo Vibe K5 Dan K5 Plus. Hadir Dengan 5.0 Inci Skrin, 13 MP Kamera Dan Dolby Audio

Di MWC 2015, Lenovo juga mengambil peluang memperkenalkan beberapa perantinya untuk tahun 2016. Untuk Smartphone, Lenovo memperkenalkan dua telefon pintar mampu milik yang dinamakan Lenovo Vibe K5 dan juga Lenovo Vibe K5 Plus. Harganya juga boleh dikatakan sebagai mampu miliki dimana masing-masing baharga serendah USD129 (RM549) dan USD149 (RM629) untuk Lenovo Vibe K5 Dan K5 Plus.

Sebenarnya, Di bahagian luaran tidak memiliki sebarang perbezaan untuk kedua-dua peranti ini. Begitu juga dengan saiz paparan dimana kedua-dua model baru ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.0 inci. Cuma terdapat dua perbezaan untuk Lenovo Vibe K5 dan K5 Plus iaitu pada resolusi skrin dan juga cip pemproses yang digunakan. Selebihnya adalah sama seperti yang ditunjukan di jadual bawah. 

Spesifikasi Lenovo Vibe K5 dan Lenovo Vibe K5 Plus

Lenovo Vibe K5 Dan K5 Plus Lenovo Vibe K5 Dan K5 Plus Lenovo Vibe K5 Dan K5 Plus
Lenovo Vibe K5 Plus Lenovo Vibe K5
Platform Android 5.1 (Lollipop) Android 5.1 (Lollipop)
Pemproses Qualcomm MSM8939v2 Snapdragon 616 Qualcomm MSM8929 Snapdragon 415
Paparan 5.0 Inci, 1080 x 1920 pixels 5.0 Inci, 720 x 1280 pixels
Memori 2 GB RAM, 16 GB Internal, microSD 2 GB RAM, 16 GB Internal, microSD
Kamera
  • 13 Megapixel (Kamera Utama)
  • 5 Megapixel(Kamera Selfie)
  • Dual-LED flash, HDR
  • 13 Megapixel (Kamera Utama)
  • 5 Megapixel(Kamera Selfie)
  • Dual-LED flash, HDR
Rangkaian 4G LTE, Dual-SIM 4G LTE, Dual-SIM
Bateri Li-Ion 2750 mAh Li-Ion 2750 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Emas dan Perak
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • FM Radio
  • Dolby Audio
  • Warna Emas dan Perak
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • FM Radio
  • Dolby Audio
Harga USD149 (RM629) USD129 (RM549)

Kelebihan dua peranti mampu milik ini ialah rekaannya yang diperbuat dari logam membuatkan ia seolah-olah sebuah peranti premium. Tambahan pula, ia hadir dengan dua pilihan warna yang menawan termasuk emas dan perak. Lenovo Vibe K5 dan Lenovo Vibe K5 Plus juga membawakan dual-speaker yang telah dipadukan oleh Dolby Audio untuk bunyi yang lebih mengasyikan. 

Tarikh Jualan Dan Harga Lenovo Vibe K5 Dan K5 Plus Di Malaysia

Buat Masa ini, Lenovo masih lagi belum mengumumkan tarikh jualan rasmi untuk pasaran global dan juga di Malaysia. Namun ia dijangka sekitar bulan March ini. Bagi pengguna Malaysia usah risau kerana kebanyakan model-model pertengahan dan mampu milik dari Lenovo akan memasuki pasaran tempatan. Cuma, tarikh jualan yang masih belum diketahui.

Baca : Senarai Harga Lenovo Terkini di Malaysia

Bagi harganya pula, Lenovo Vibe K5 Plus akan dipasarkan sekitar USD149 bersamaan RM629 manakala bagi model Lenovo Vibe K5 pula dijangka dijual pada harga sekitar USD129 atau bersamaan RM549 di Malaysia.