LG G4 Stylus Dan LG G4cLG Mengumumkan LG G4 Stylus Dan LG G4c, Harga Lebih Murah

Setelah pelancaran peranti perdananya LG G4 bulan lepas, LG hari ini telah mengumumkan variasi peranti tersebut dengan spesifikasi yang lebih rendah untuk harga yang lebih mampu milik. Dua variasi tersebut ialah LG G4 Stylus yang merupakan phablet 5.7 inci yang hadir dengan sokongan stylus manakala satu lagi model LG G4c dengan skrin yang kebih kecil iaitu 5.0 inci berbanding model asal dengan 5.2 inci.

Untuk prestasi, Kedua dua peranti ini memiliki spesifikasi yang hampir sama. Kedua-duanya hadir dengan pemproses Quad-core 1.2 GHz, 1 GB RAM dan 8 GB memori dalaman. Untuk kamera pula, LG G4 Stylus membawakan lensa 13 Megapixel kamera dengan penstabilan imej OIS, Laser autofokus dan 5 Megapixel kamera hadapan. Bagi LG G4c pula ia hadir dengan resolusi kamera yang lebih kecil dengan 8 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan.

Untuk model LG G4 Stylus, Ia boleh didapati dalam dua versi 4G LTE dan 3G dimana kedua-duanya hadir dengan lensa yang berbeza. LG G4 Stylus versi LTE hadir dengan 13 Megapixel OIS kamera manakala versi 3G hadir dengan 8 Megapixel kamera tanpa sokongan OIS.

Menurut LG, kedua-dua peranti ini akan hadir di pasaran terpilih beberapa minggu lagi. Tentang harganya masih lagi belum didedahkan. Namun sudah pasti kedua-duanya dijual lebih murah berbanding LG G4.

Spesifikasi LG G4 Stylus

LG G4 Stylus Dan LG G4c

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.7 inci  dengan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz
  • Kamera 13 Megapixel OIS dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Memori terbina 8 GB, 1 GB RAM dan slot tambahan microSD sehingga 128 GB
  • Stylus Pen, Laser Auto Focus, Gesture Shot, Glance View, Knock Code

Spesifikasi LG G4c

LG G4 Stylus Dan LG G4c

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.0 inci  dengan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Pemproses Quad-core 1.2 GHz
  • Kamera 8 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Ion 2540 mAh
  • Memori terbina 8 GB, 1 GB RAM dan slot tambahan microSD

Sumber : LG