Bukan semua pengguna yang bernasib baik menerima servis internet berkelajuan tinggi Fiber seperti Unifi, TIME dan sebagainya di kawasan rumah mereka. Pilihan yang meraka ada ialah menggunakan Streamyx dengan kelajuan maksima 8Mbps atau Plan Internet dari syarikat telco.
Jadi, bagi yang inginkan internet berkelajuan tinggi, plan internet dari syarikat telco adalah menjadi pilihan. Sekiranya kawasan rumah anda berhampiran pencawang telco dengan kepadatan penduduk kurang, anda boleh mencapai kelajuan internet melebihi 100Mbps. Apatah lagi, kini Malaysia semakin menghampiri infrastuktur 5G dimana kelajuan internet dari rangkaian selular semakin bertambah baik dengan kepantasan berganda.
Antara plan internet yang popular seperti Digi Infinite 150, Maxis Home 4G WiFi, Celcom Home Wireless, Unifi Wireless Broadband dan sebagainya. Jadi, dibawah ini kami senaraikan 5 modem 4G LTE yang terbaik di Malaysia bedasarkan bajet anda. Kesemuanya merupakan modem LTE Cat 6 dan keatas untuk kepantasan internet yang lebih baik.
![]() . 1. Huawei H122 |
|
Huawei H122 merupakan satu-satunya modem yang menyokong rangkaian 5G di dalam senarai ini dengan kelajuan muat turun mencapai 1.65Gbps. Ia juga sesuai digunakan untuk network 4G dengan LTE Cat 19 yang mencapai kelajuan muat turun sehingga 1.6Gbps. Modem ini juga satu-satunya dalam senarai ini yang menyokong WiFi 6 yang lebih pantas untuk model H122-373. |
![]() . 2. Huawei B818 |
|
Huawei B818 merupakan modem 4G+ yang paling berbaloi dimiliki. Dengan harganya sekitar RM599 – RM699, modem ini menggunakan network 4G LTE Cat 19 dengan kelajuan download 1.6Gbps dan kelajuan upload 150Mbps. Ia turut menyokong dual-band WiFi, sambungan untuk telefon (RJ11) dan sambungan LAN (RJ45). |
![]() . 3. Huawei B618 |
|
Modem Huawei B618 agak popular untuk pasaran Malaysia kerana ia ditawarkan bersama plan internet seperi Celcom dan Unifi. Namun, anda harus berhati-hati untuk membeli supaya tidak membeli set yang “dikunci” syarikat telco (SIM Locked) yang hanya boleh digunakan pada SIM telco tertentu sahaja. |
![]() . 4. Tenda 4G09 |
|
Sekiranya anda berbajet rendah, Tenda 4G09 merupakan salah satu modem 4G yang sesuai untuk anda. Ia menawarkan kelajuan internet sehingga 300Mbps dengan 4G LTE Cat 6 sudah memadai untuk semua telco yang ada di Malaysia. |
![]() . 5. TP-LINK Archer MR600 |
|
TP-LINK Archer MR600 menawarkan spesifikasi yang hampir sama dengan modem Tenda 4G09 yang menawarkan rangkaian 4G LTE Cat 6 dan sokongan dual-band WiFi. Ia juga nenyokong MU-MIMO iaitu aliran data serentak meningkatkan kecekapan rangkaian WiFi. |
Latest Phones In Malaysia |






Comments |
Leave a Reply