Monitor Ultrawide Terbaik Di Malaysia

Monitor ultra-lebar atau ultrawide sangatlah penting bukan sahaja untuk gaming malah ia digunakan untuk tingkatkan produktiviti. Skin ultrawide memberikan sudut pandangan yang lebih luas dan dapat memaparkan dua atau lebih aplikasi. Malah, dengan adanya skrin jenis melengkung akan memberikan sudut pandangan yang lebih baik dan selesa.

Baca : Keyboard Gaming Terbaik dan Gaming Mouse Terbaik

Pemilihan monitor ultrawide yang betul juga penting bersesuaian dengan kegunaan dan juga spesifikasi PC anda. Untuk gaming harus memilih monitor dengan kadar segar (Refresh Rate) yang tinggi, masa respon yang singkat serta resolusi yang bersesuaian dengan kad grafik. Untuk produktiviti pula, sekiranya anda seorang video atau photo editor harus memilih kepada monitor dengan ketepatan warna yang bagus.

Jadi, di bawah ini kami senaraikan 8 monitor ultrawide terbaik yang anda boleh pertimbangkan. Ianya termasuk GIGABYTE G34WQC, Acer Nitro XV340CKP, MSI Optix MAG341CQ, LG 29WN600 dan sebagainya.

.

1. GIGABYTE G34WQC

  • Panel : Skrin Lengkung Jenis VA 34-Inci, 144Hz
  • Resolusi : 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color : 90% DCI-P3 / 120% sRGB
  • Respon Time : 1 ms (MPRT)
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : AMD FreeSync, VESA Display HDR400, Built-In Speaker
  • Harga : RM1999
Gigabyte G34WQC adalah monitor permainan bajet yang hebat dengan skrin ultrawide. Ia memiliki layar lengkung bersaiz 34 inci dengan nisbah 21: 9, memberikan sudut pandangan lebih baik sesuai untuk permainan video. Ia sangat sesuai untuk bilik yang terang dan gelap kerana ia cukup terang untuk melawan silau. Dengan kadar penyegaran 144Hz, memberikan pengalaman permainan video yang terasa lancar dan responsif.

.

2. Acer Nitro XV340CKP

  • Panel : Skrin Jenis IPS 34-Inci, 144Hz
  • Resolusi : 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color : Tiada Data
  • Respon Time : 1 ms (MPRT)
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : AMD FreeSync, HDR10
  • Harga : RM1899
Acer XV340CKP menawarkan warna yang tepat dan terang, sudut pandangan yang luas hasil dari penggunaan panel IPS bersaiz 34 inci dan resolusi 3440 × 1440 pixel. Ia juga menyokong kadar penyegaran 144Hz, kelajuan masa tindak balas yang baik serta menyokong AMD FreeSync memastikan prestasi permainan video yang lancar.

.

3. LENOVO G34W-10

  • Panel : Skrin Lengkung Jenis VA 34-Inci, 144Hz
  • Resolusi : 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color : Tiada Data
  • Respon Time : Tiada Data
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : AMD FreeSync
  • Harga : RM1899
Lenovo G34W-10 menampilkan monitor dengan panel melengkung WQHD 34 inci dan 3440 x 1440 pixel (WQHD) resolusi. Untuk permainan yang lancar, monitor ini mempunyai kadar penyegaran 144 Hz digabungkan dengan AMD Radeon FreeSync. Ia juga dilengkapi dengan teknologi Cahaya Biru Rendah untuk melindungi mata anda dari silau dan keletihan mata.

.

4. Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor 34

  • Panel : Skrin Lengkung 34-Inci, 144Hz
  • Resolusi : 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color : Tiada Data
  • Respon Time : 4 ms
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : AMD FreeSync
  • Harga : RM1899
Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor mempunyai reka bentuk minimalis dengan paparan yang boleh ditundukan, dipusingkan, dinaikkan, dan diturunkan untuk keselesaan pandangan mata anda. Ia menawarkan paparan bersaiz 34 inci dengan resolusi 3440 x 1440 pixel dan nisbah 21: 9 serta tahap lengkungan monitor 1500R.

.

5. MSI Optix MAG341CQ

  • Panel : Skrin Lengkung Jenis VA 34-Inci, 100Hz
  • Resolusi : 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color : 110% sRGB
  • Respon Time : 8 ms
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : –
  • Harga : RM2999
MSI Optix MAG341CQ merupakan monitor permainan ultrawide melengkung yang dilengkapi dengan resolusi 3440×1440 pixel, kadar penyegaran 100hz. Monitor Optix MAG341CQ dibangunkan dengan teknologi FreeSync yang menawarkan pengalaman bermain permainan PC yang lebih lancar.

.

6. LG 34GL750

  • Panel : Skrin Lengkung Jenis IPS 34-Inci, 144Hz
  • Resolusi : 2560 X 1080 pixel (WFHD)
  • Color : 90% sRGB
  • Respon Time : 5 ms
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : G-SYNC, AMD FreeSync, HDR10
  • Harga : RM1899
LG 34GL750 memberikan kualiti imej yang terbaik dan prestasi lancar dalam permainan hasil dari resolusi ultra-lebar dan penggunaan panel IPS. Namun, monitor ini menggunakan resolusi yang lebih rendah iaitu 2560 X 1080 pixel (WFHD) berbanding pesaingnya yang menggunakan skrin dengan resolusi WQHD.

.

7. Acer CB342CK

  • Panel : Skrin Jenis IPS 34-Inci, 75Hz
  • Resolusi : 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color : 99% sRGB
  • Respon Time : 4 ms
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : AMD Free-Sync, HDR400, Built-In Speaker
  • Harga : RM1599
Sekiranya anda seorang photo editor atau video editor, Acer CB342CK salah satu monitor ultrawide terbaik untu anda. Dengan skrin 34 inci, resolusi WQHD, panel IPS serta harga sekitar RM1599 yang mampu milik sudah tentu ia adalah yang terbaik untuk monitor produktiviti. Tambahan pula ia menyokong AMD Free-Sync serta HDR400 yang amat sesuai juga untuk permainan PC.

.

8. LG 29WN600

  • Panel : Skrin Jenis IPS 29-Inci, 75Hz
  • Resolusi : 2560 X 1080 pixel (WFHD)
  • Color : 99% sRGB
  • Respon Time : 5 ms
  • Input : HDMI, Display port 1.4
  • Sokongan : AMD Free-Sync, HDR10
  • Harga : RM899
Sekiranya anda memiliki bajet yang lebih rendah, LG 29WN600 merupakan satu-satunya monitor ultrawide dibawah harga RM1000. Ia dilengkapi dengan skrin saiz 29 inci serta resolusi 2560 X 1080 pixel (WFHD). Ia juga mempunyai ketepatan warna 99% sRGB serta menyokong AMD Free-Sync dan HDR10.