Nokia X50 Malaysia

Pada tahun 2019, Nokia telah melancarkan Nokia 9 PureView yang merupakan telefon pertama di dunia dengan penta-kamera di bahagian belakang. Setelah hampir tiga tahun berlalu, Masih belum ada pengganti untuk model tersebut. Nokia dilihat lebih mengfokuskan kepada peranti pertengahan dan juga model mampu milik.

Terbaru, Syarikat tersebut dikatakan sedang mengusahakan telefon bimbit pertengahan premium dengan penta-kamera dengan sensor sebesar 108MP yang akan menggantikan telefon pintar Nokia 8.3 5G. Peranti ini mungkin tiba di pasaran sebagai Nokia X50.

Telefon pintar ini dijangka menampilkan paparan PureDisplay V4 bersaiz 6.5 inci yang menawarkan resolusi QuadHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga bakal dikuasakan oleh chipset Snapdragon 775G, bateri 6,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 22.5W.

Buat masa ini tiada maklumat kamera yang digunkan pada peranti ini. Namun, kamera penta lensa yang digunakan diharapkan disertakan dengan lensa sudut-lebar, sensor kedalaman, kamera makro, dan kamera telefoto. Peranti ini juga mungkin turut menampilkan optik ZEISS dan teknologi Audio OZO.

Tags