Harga OnePlus Nord CE 5G

OnePlus telah melancarkan OnePlus Nord CE 5G untuk pasaran Malaysia. Ia boleh didapati serendah RM1399 untuk model 8/128GB dan RM1799 untuk model 12/256GB. Ia boleh di tempah mulai 21 June ini manakala jualan rasmi bermula 26 June melalui laman Shopee Malaysia.

OnePlus Nord CE 5G merupakan model dengan sokongan 5G yang menawarkan paparan FHD+ Fluid AMOLED bersaiz 6.43 inci dengan kadar penyegaran 90Hz. Ia turut dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 750G dengan modem X52 5G serta menjalankan Android 11 dengan OxygenOS 11 dengan janji kemas kini perisian selama 2 tahun dan kemas kini keselamatan selama 3 tahun.

Untuk kamera, Nord CE 5G bawakan kamera utama 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan kamera mono 2MP. Manakala untuk selfie hadir dengan kamera 16MP. Telefon setebal 7.9mm dan berat 170 gram ini juga dilengkapi dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas Warp Charge 30T Plus yang dapat mengecas telefon dari 0% hingga 70% dalam 30 minit.

Baca : Spesifikasi Penuh OnePlus Nord CE 5G

OnePlus Nord CE 5G ditawarkan dalam dua warna iaitu Blue Void dan Charcoal Ink. Bagi pembeli yang terawal berpeluang untuk menerima voucher RM30 atau RM50 serta topi NORD secara percuma.