OnePlus Nord CE 5G Malaysia

OnePlus baru sahaja melancarkan OnePlus Nord CE 5G yang merupakan model dengan sokongan 5G pada harga lebih mampu milik. Peranti ini menawarkan paparan FHD+ Fluid AMOLED bersaiz 6.43 inci dengan kadar penyegaran 90Hz.

Peranti ini turut dikuasakan oleh pemproses Octa-Core Snapdragon 750G SoC dengan modem X52 5G yang menyokong SA dan NSA 5G. Telefon ini menjalankan Android 11 dengan OxygenOS 11 dengan janji kemas kini perisian selama 2 tahun dan kemas kini keselamatan selama 3 tahun.

Untuk kamera, peranti ini menampilkan kamera utama di bahagian belakang 64MP, dilengkapi kamera sudut ultra lebar 8MP dan kamera mono 2MP. Telefon setebal 7.9mm dan berat 170 gram ini juga dilengkapi dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas Warp Charge 30T Plus yang dapat mengecas telefon dari 0% hingga 70% dalam 30 minit.

Spesifikasi & Harga OnePlus Nord CE 5G

  • Skrin Fluid AMOLED 6.43-inci, Resolusi 1080 x 2400 pixel FHD+, Kadar Segar 90Hz
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 750G 8nm Dengan Adreno 619 GPU
  • Pilihan RAM 6GB / 8GB LPDDR4x RAM Dengan Memori 128GB / 256GB (UFS 2.1)
  • Platform Android 11 Dengan Antaramuka OxygenOS 11
  • Kamera Utama 64MP, Kamera Sudut Lebar 8MP, Kamera Mono 2MP
  • Kamera Selfie 16MP
  • Pengimbas Cap Jari Di Bawah Skrin
  • Sokongan 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.1
  • Bateri 4500mAh Dengan Pengecasan Pantas 30W
  • Harga OnePlus Nord CE 5G Di Malaysia Dijangka Bermula Sekitar RM1299

OnePlus Nord CE 5G hadir dalam warna Blue Void, Charcoal Ink dan Silver Ray yang dijual di India pada harga RS22,999 (sekitar RM1299) untuk model 6GB / 128GB.

Tags