OnePlus baru sahaja mengumumkan peranti mampu milik terbaru iaitu OnePlus Nord N200 5G. Ia merupakan telefon pintar dengan sokongan selular 5G yang dilengkapi dengan skrin FHD+ 90Hz bersaiz 6.49 inci dengan kamera selfie 16MP. Ia turut dikuasakan oleh Snapdragon 480 5G, RAM 4GB serta memori 64GB.
Untuk kamera, ia dipadankan dengan tiga kamera belakang dengan sensor utama 13MP serta dua sensor 2MP untuk sensor potret dan sensor makro. Peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan bateri 5000 mAh dengan pengisian 18W.
Spesifikasi & Harga OnePlus Nord N200 5G
- Skrin IPS LCD 6.49-inci, Resolusi 1080 x 2400 pixel FHD+, Kadar Segar 90Hz
- Pemproses Octa-Core Snapdragon 480 8nm Dengan Adreno 619 GPU
- RAM 6GB Dengan Memori 64GB (UFS 2.1), Slot tambahan microSD
- Platform Android 11 Dengan Antaramuka OxygenOS 11
- Kamera Utama 13MP, Sensor potret 2MP, Kamera Mono 2MP
- Kamera Selfie 16MP
- Pengimbas Cap Jari Di Belakang
- Sokongan 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.1
- Bateri 5000mAh Dengan Pengecasan Pantas 18W
- Harga OnePlus Nord N200 5G Di Malaysia Dijangka Sekitar RM12999
OnePlus Nord N2000 5G hadir dalam warna Blue Quantum dan dijual pada harga USD240 (Sekitar RM999) dan akan tersedia di AS melalui syarikat telco seperti T-Mobile dan Metro, serta kedai atas talian seperti Amazon, B&H dan BestBuy bermula dari 25 Jun. Tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia