Harga OPPO Reno 7A Malaysia

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan model pertengahan baru iaitu Oppo Reno 7A. Peranti ini hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ 90Hz AMOLED dengan nisbah skrin-ke-badan 89.4% serta tahap kecerahan sehingga 600 nits.

Oppo Reno 7A turut dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 695 SoC dengan 6GB RAM, 128GB memori terbina serta menyokong memori tambahan sehingga 1TB melalui slot microSD.

Ia juga mempunyai bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W PD 2.0 yang boleh mengecas sehingga 40% dalam masa kira-kira 30 minit sahaja.

Untuk kamera, peranti ini menampilkan kamera belakang 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Manakala untuk selfie ia dimuatkan dengan lensa 16MP kamera.

Harga OPPO Reno 7A Malaysia

Spesifikasi OPPO Reno 7A

  • Skrin AMOLED 6.4-inci (2400 × 1080 pixels) Full HD+ dengan kadar segar 90Hz
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 695 8nm dengan Adreno 619L GPU
  • Memori 128GB, 6GB RAM, Slot tambahan microSD (1TB Maximum)
  • Menggunakan platform Android 11 dengan ColorOS 12
  • Kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP, kamera selfie 16MP
  • Pengimbas cap jari dibawah skrin
  • Sokongan 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1, USB Type-C
  • Bateri 4500mAh dengan pengecas pantas 18W
  • Harga OPPO Reno 7A di Malaysia sekitar RM1499 (Jangkaan)

Harga OPPO Reno 7A

OPPO Reno 7A didatangkan dalam warna Starry Black dan Dream Blue yang telah dijual di Jepun pada harga 44,800 Yen (Sekitar RM1499). Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga dan ketersediaan untuk pasaran Malaysia.