Microsoft bakal melancarkan permainan PC ikonik pada satu ketika dahulu, Age of Empires 4. Ia merupakan kebangkitan semula permainan jenis strategi masa nyata (RTS) terbaik yang pernah dihasilkan sebelum ini. Age of Empires 4 menjanjikan penampilan serba baru namun masih lagi mengekalkan konsep RTS sepertimana tiga generasi Age of Empires sebelum ini.

Age of Empires 4 akan menawarkan empat level masa iaitu abad pertengahan, feudal, istana, dan imperial. Tamadun yang yang boleh dimainkan termasuk Inggeris, Cina, Mongol, Dinasti Abbasiyah, Perancis, Empayar Rom, Rus dan Kesultanan Delhi.

Permainan ini juga akan mempunyai empat kempen yang terdiri daripada 35 misi. Empat kempen yang disahkan adalah – Norman (Tamadun Inggeris), Mongols dan Rus.

Age of Empires 4 akan dilancarkan pada 28 Oktober 2021 pada sidang media Microsoft E3 2021. Bagi yang berminat, permainan ini telah boleh ditempah melalui laman Steam dan Microsoft Store dengan harga USD79.99 atau sekitar RM340.