Harga Poco C40 Malaysia

POCO baru sahaja mengumumkan smartphone mampu milik yang dinamakan sebagai POCO C40. Ia mempunyai skrin HD+ 6.71 inci yang dilindungi lapisan Corning Gorilla Glass.

Di bahagian dalam, peranti bajet ini dikuasakan oleh pemproses Octa-Core JR510 baharu yang dibangunkan oleh Teknologi JLQ. Ia juga mempunyai sehingga 4GB RAM dan sehingga 64GB memori terbina.

Untuk kamera, dua kamera belakang digunakan dimana sensor utama dengan lensa 13MP (F1.8) dan sensor kedua 2MP (F2.4). Manakala untuk selfie, peranti ini menempatkan lensa 5MP.

Harga Poco C40 Malaysia

Telefon ini menjalankan Android 11 dengan MIUI 13 di luar kotak serta mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di belakang. Ia turut menampilkan bateri 6000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 18W, namun ia didatangkan dengan pengecas 10W di dalam kotak.

Harga Poco C40

POCO C40 boleh didapati dalam warna Power Black, Coral Green dan POCO Yellow. Buat masa ini tiada sebarang harga rasmi yang diumumkan. Namun, kami menjangkakan ia akan dijual sekitar RM500 sekiranya model ini memasuki pasaran Malaysia