Harga POCO X3 GT Malaysia

Xiaomi Malaysia baru saja mengumumkan POCO X3 GT, telefon pintar pertengahan terbaru untuk siri X3 untuk pasaran Malaysia. Dari segi reka bentuk dan spesifikasi, model baru ini merupakan telefon pintar Redmi Note 10 Pro 5G yang dijenamakan semula.

Untuk skrin, ia hadir dengan skrin FullHD+ LCD bersaiz 6.6 inci dengan kadar penyegaran 120Hz serta kadar pengambilan sentuhan 240Hz. Skrinya turut menyokong gamut warna DCI-P3 dan mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

Dibahagian dalam, peranti ini dikuasakan oleh cip Dimensity 1100 dengan sokongan untuk 5G SA / NSA, RAM 8GB dan pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB. Telefon ini juga mempunyai kamera belakang 64MP, lensa sudut ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP serta 16MP kamera selfie di bahagian jadapan.

POCO X3 GT juga mendapat pengiktirafan IP53 untuk tahan percikan air serta memiliki bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W yang dapat mengecas hingga 100% dalam masa 42 minit.

Spesifikasi Dan Harga POCO X3 GT

  • Skrin 6.6-inci, resolusi 2400×1080 pixels FullHD+ dengan HDR10+, 120Hz, 100% DCI-P3 colour gamut, Corning Gorilla Glass Victus
  • Pemproses MediaTek Dimensity 1100 6nm dengan ARM G77 MC9 GPU
  • 8GB LPDDR4x RAM dengan pilihan memori 128GB dan 256GB (UFS 3.1)
  • Platform Android 11 dengan MIUI 12.5
  • Kamera utama 64MP ( f/1.79), kamera sudut lebar 8MP (f/2.3 ), kamera makro 4cm 2MP (f/2.4)
  • Kamera selfie 16MP
  • Pengimbas cap jari dibahagian sesi, IR sensor
  • Stereo speakers, Dolby Atmos, Hi-Res Audio, Sound by JBL Audio
  • Kalis percikan air (IP53)
  • Sokongan 5G, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6 802.11 ax, Bluetooth 5.2, GPS, NFC 3.0
  • Bateri 5000mAh dengan pengecas pantas 67W

POCO X3 GT hadir dalam warna Cloud White, Wave Blue dan Stargaze Black, berharga RM 1299 untuk model 8GB/128GB dan RM 1599 untuk model 8GB/256GB . Ia akan mula dijual di Malaysia mulai 3 Ogos ini dengan harga promosi RM 1199 untuk model 8GB/128GB dan RM 1399 untuk model 8GB/256GB. Promosi ini hanya sah pada 3 dan 4 Ogois sahaja.