Power Bank Terbaik Di Malaysia

Power bank merupakan peranti yang akan menyelamatkan telefon pintar anda apabila berada di luar rumah dan jauh dari bekalan elektrik. Ia merupakan kit penting untuk sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar, tablet, komputer riba atau kamera yang sering berada jauh dari soket elektrik.

Lagi Produk Terbaik Di Malaysia

Kebanyakan powerbank yang dijual dipasaran tidaklah begitu mahal. Namun keupayaan serta kapasitinya agak terhad. Kebanyakan telefon pintar masa kini telah menyokong teknologi pengecasan pantas seperti Qualcomm Quick Charge (QC), Power Delivery (PD), Huawei SuperCharge Protocol (SCP) dan sebagainya.  Menggunakan powerbank yang biasa dan murah akan melambatkan proses pengecasan.

Jadi, dibawah ini kami senaraikan 7 model powerbank terbaik di Malaysia dengan kapasiti yang lebih besar sesuai untuk anda yang kaki travel atau sering berada jauh dari soket elektrik.

.

1. Baseus PD 20W Power Bank 30000mAh

  • Jenis Bateri : Li-Polymer
  • Kapasiti : 30000 mAh
  • Input Interface : Micro-USB, USB Type-C
  • Output Interface : 2X USB, USB Type-C
  • Max Input : 18W
  • Max Output : PD 20W
  • Teknologi : Quick Charge, Power Delivery (PD)
  • Harga : RM99
Baseus PD 20W Power Bank 30000mAh menawarkan kapasiti bateri 30000 mAh dengan 20W power output. Untuk kapasiti tersebut, anda mungkin mampu mengecas smartphone anda 5 hingga 6 kali untuk powerbank berkapasiti penuh.

.

2. Remax RPP-162 Mengine 50000mAh

  • Jenis Bateri : Li-Polymer
  • Kapasiti : 50000 mAh
  • Input Interface : Micro-USB, USB Type-C, Lightning
  • Output Interface : 4X USB
  • Max Input : 10W
  • Max Output : 10W
  • Teknologi : –
  • Harga : RM109
Sekiranya anda memerlukan port output yang banyak, Remax RPP-162 Mengine 50000mAh salah satu powerbank yang sesuai untuk anda. Ia menawarkan port output 4x USB Type-A dengan pengecsan 10W.

.

3. Pineng PN-899PD 30000mAh

  • Jenis Bateri : Li-Polymer
  • Kapasiti : 50000 mAh
  • Input Interface : Micro-USB, USB Type-C, Lightning
  • Output Interface : 2X USB
  • Max Input : 10W
  • Max Output : 18W
  • Teknologi : Quick Charge 3.0, Power Delivery (PD)
  • Harga : RM79
Pineng PN-899PD 30000mAh menawarkan powerbank 30000mAh dengan paparan LED untuk level bateri. Ia menyokong teknologi Quick Charge 3.0 dan Power Delivery (PD) dengan kuasa maksimum 18W. Di pasaran sekarang, ia dijual dengan harga sekitar RM79

.

4. Yoobao H5 50000mAh

  • Jenis Bateri : Li-Polymer
  • Kapasiti : 50000 mAh
  • Input Interface : USB Type-C
  • Output Interface : 3X USB, USB Type-C
  • Max Input : 18W
  • Max Output : 18W
  • Teknologi : Quick Charge 3.0, Power Delivery (PD), Huawei SuperCharge Protocol (SCP)
  • Harga : RM179
Yoobao H5 50000mAh menawarkan powerbank yang agak besar dengan dua lampu LED yang sesuai digunakan sekiranya bekalan elektrik terputus. Dengan port pengecas yang banyak, kapasiti yang cukup besar, serta kuasa 18W sudah tentu merupakan salah satu pilihan yang sesuai untuk yang gemar travel jauh atau sebagai powerbank backup sekiranya tiada bekalan elektrik.

.

5. ROMOSS PEA60 Powerbank 60000mAh

  • Jenis Bateri : Li-Polymer
  • Kapasiti : 60000 mAh
  • Input Interface : Micro-USB, USB Type-C, Lightning
  • Output Interface : 3X USB, USB Type-C
  • Max Input : 18W
  • Max Output : 22.5W
  • Teknologi : Quick Charge 3.0
  • Harga : RM159
Satu lagi powerbank dengan kapasiti bateri yang besar iaitu ROMOSS PEA60 Powerbank 60000mAh. Menawarkan port pengecasan yang agak banyak iaitu 3X USB Type-A adab 1X USB Type-C dengan output pengecasan 22.5W.

.

6. Aukey Qualcomm Quick Charge 3.0 (30000mAh)

  • Jenis Bateri : Li-Polymer
  • Kapasiti : 30000 mAh
  • Input Interface : Micro-USB, USB Type-C
  • Output Interface : 2X USB
  • Max Input : 18W
  • Max Output : 18W
  • Teknologi : Quick Charge 3.0
  • Harga : RM289
Aukey Qualcomm Quick Charge 3.0 (30000mAh) dijual di Malaysia pada harga sekitar RM289. Harga agak tinggi. Namun kemampuannya bukan sahaja mengecas pantas smartphone, Namun ia sesuai untuk mengecas tablet, kamera dan juga laptop.

.

7. Xiaomi Mi 50W Powerbank 20000mAh

  • Jenis Bateri : Li-Polymer
  • Kapasiti : 20000 mAh
  • Input Interface : USB Type-C
  • Output Interface : 2X USB Type-A, USB Type-C
  • Max Input : 50W
  • Max Output : 50W
  • Teknologi : –
  • Harga : RM159
Sekiranya anda mencari powerbank dengan pengecasn pantas, Xiaomi Mi 50W Powerbank 20000mAh sesuai untuk anda. Ia memiliki power output 50W yang mampu mengecas pantas smartphone dan juga laptop.