Permulaan tahun 2020, Realme bakal melancarkan smartphone pertenghan mampu milik dengan empat kamera belakang iaitu Realme 5i. Ia bakal diumumkan 6 Januari ini yang bakal mulakan pasaran di Vietnam.
Untuk spesifikasi Realme 5i, peranti mampu milik ini bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci dengan resolusi HD+ 1600 x 720 pixel. Skrinnya memiliki takuk kecil yang menempatkan kamera selfie 8 Megapixel.
Di bahagian belakang peranti ini menampilkan empat lensa dengan kamera utama 12 Megapixel, 8 Megapixel kamera sudut lebar, 2 Megapixel kamera makro dan 2 Megapixel pengesan kedalaman.
Realme 5i akan dikuasai oleh cip Snapdragon 665 yang turut hadir bersama 4 GB RAM dan 64 GB memori dalaman. Fungsi lain yang hadir termasuk pengimbas cap jari, bateri 5000 mAh dengan pengecas 10W, Dual Band WiFi, sokongan dual SIM serta dijalankan pada ColorOS 6.1 yang berasaskan Android Pie.