Realme Q3 5G Malaysia

Realme hari ini telah mengumumkan telefon pintar baru untuk pasaran peranti pertengahan iaitu Realme Q3 5G. Ia hadir dengan skrin FullHD+ 120Hz bersaiz 6.5 inci dengan kadar pensampelan sentuhan 180Hz serta kamera hadapan 16MP untuk selfie.

Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 750G SoC dengan sokongan rangkaian 5G SA/NA, memori dalaman jenis UFS 2.1, pilihan RAM 6GB atau 8GB LPDDR4x RAM serta sokongan slot tambahan microSD.

Telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W yang menawarkan pengecasan 100% dalam tempoh 63 minit. Untuk kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Spesifikasi & Harga Realme Q3 5G

  • Skrin IPS LCD 6.5-inci, Resolusi 2400×1080 pixel FHD+, Nisbah 20:9, Kadar Segar 120Hz
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 750G 8nm Dengan Adreno 619 GPU
  • Pilihan RAM 6GB / 8GB LPDDR4x RAM Dengan Memori 128GB (UFS 2.1), Slot MicroSD
  • Platform Android 11 Dengan Antaramuka realme UI 2.0
  • Kamera Utama 48MP f/1.8, Kamera Sudut Lebar 8MP f/2.3, Kamera Macro 2MP f/2.4
  • Kamera Selfie 16MP f/2.1
  • Pengimbas Cap Jari Di Bahagian Sisi
  • 3.5mm audio jack dengan Hi-Res Audio
  • Sokongan 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac, Bluetooth 5.1, USB Type-C
  • Bateri 4500mAh Dengan Pengecasan Pantas 30W
  • Harga Realme Q3 5G Di Malaysia Dijangka Bermula Sekitar RM849

Realme Q3 hadir dalam warna Psychedelic silver dan Sci-Fi Black dan dijual pada harga 1299 Yuan di China (Sekitar RM849) untuk model 6GB/128GB manakala versi 8GB/128GB pula berharga 1399 Yuan (Sekitar RM899).