Harga 2022 Kia EV6 Malaysia

Kia telah melancarkan kenderaan elektrik terbaru (EV) iaitu Kia EV6 (2022). Ia telah dilancarkan secara rasmi oleh pengedar tempatan, Dinamikjaya Motors dengan harga jualan RM300,866 (OTR).

Kia EV6 tiba di Malaysia dengan dengan satu varian saja iaitu GT-Line yang memberikan kemasan luaran lebih menarik dalam lima pilihan warna termasuk Monoscape, Snow White Pearl, Aurora Black Pearl, Runway Red dan Yacht Blue.

Model crossover elektri ini hadir dengan bateri yang besar iaitu 77.4kWj, membolehkan kereta beroperasi dengan prestasi yang lebih tinggi menggunakan dwi E-Motor dengan kuasa 325PS dan 605Nm tork maksimum. Ia menawarkan masa pecutan 0-100km/j pada 5.2 saat serta jarak perjalanan sehingga 506km.

Harga 2022 Kia EV6 Malaysia Harga 2022 Kia EV6 Malaysia

Dari segi pengecasan, EV6 menyokong sehingga 350kW melalui port CCS2 pada pengecas pantas DC. Menurut Kia, anda boleh mengecas 10-80% dalam masa 18 minit sahaja melalui pengecas pantas DC. Sementara itu, pengecasan AC yang lebih perlahan boleh dilakukan menggunakan penyambung Type 2 pada kuasa maksimum 11kW. Ia akan mengambil masa kira-kira 7 jam untuk disiapkan.

Untuk ciri keselamatan, 2022 Kia EV6 hadir dengan 7 beg udara, Blind Spot Monitoring, High Beam Assist, Lane Keep Assist, Driver Attention Warning, Rear Cross Traffic Alert, kamera 360-degree dan Forward Collision-Avoidance (AEB) dengan Junction Turning.

Review 2022 Kia EV6 Malaysia Review 2022 Kia EV6 Malaysia

Ia juga hadir dengan ciri-ciri bantuan pemanduan seperti Lane Following Assist (LFA) dan Smart Cruise Control untuk membolehkannya membuat pemanduan lebuh raya yang lebih mudah. Ia juga mempunyai keupayaan untuk meletak kenderaan sendiri dengan fungsi Remote Smart Parking Assist.

Kia EV6 2022 didatangkan dengan waranti pengilang selama 5 tahun atau sehingga 150,000km jarak perjalanan. Untuk bateri didatangkan dengan waranti berasingan selama 7 tahun atau 150,000km jarak perjalanan.