Harga Asus ROG Zephyrus Duo 16 (2022) Malaysia

Asus ROG Zephyrus Duo 16 antara salah satu model Laptop Gaming paling berkuasa keluaran Asus. Ia menampilkan CPU AMD Ryzen 9 6980HX dan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti yang merupakan gabungan yang cukup padu.

Untuk skrin, Zephyrus Duo ini menampilkan dua pilihan skrin dimana model tertinggi menampilkan paparan ROG Nebula Display bersaiz 16-inci dengan resolusi UHD+ 16:10 (3840 x 2400, WQUXGA), masa tindak balas 3ms dan sokongan Dolby Vision.

Komputer riba ini juga memiliki skrin kedua yang dinamakan sebagai ScreenPad Plus yang bersaiz 14-inci, resolusi 3840 x 1100 pixel serta menyokong penggunaan Stylus. Ia amat membantu untuk kerja-kerja multitasking dan turut berperanan sebagai sistem penyejuk melalui sistem AAS Plus 2.0.

Harga Asus ROG Zephyrus Duo 16 (2022) Malaysia

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada laptop model baru ini termasuk Dual band Wi-Fi 6E(802.11ax), Bluetooth 5.2, bateri 90WHrs 4-cell Li-ion serta dijalankan pada Windows 11 Home.

Laptop ini juga juga mempunyai USB 3.2 Gen 2 Type-C yang menyokong DisplayPort, Power Delivery dan G-SYNC. Port lain termasuk 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 2x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.1, 1x RJ45 LAN port dan 1x bicu fon kepala 3.5mm.

Untuk spesifikasi dan harga Asus ROG Zephyrus Duo 16 (2022) di Malaysia seperti dibawah.

ROG Zephyrus Duo 16 (GX650R-WLO106W)

  • Pemproses: AMD Ryzen 9 6900HX Mobile Processor
  • Grafik : NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti Laptop GPU
  • Memori : 16GB DDR5-4800 SO-DIMM x 2
  • Storan : 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 Performance SSD
  • Platform : Windows 11 Home
  • Skrin : ROG Nebula HDR Display, 16-Inci QHD+ 16:10 165Hz
  • Sambungan : Wi-Fi 6E (802.11ax), Bluetooth 5.2
  • Bateri : 90WHrs, 4-cell Li-ion
  • Harga : RM15,999

ROG Zephyrus Duo 16 (GX650R-XLB199W)

  • Pemproses: AMD Ryzen 9 6900HX Mobile Processor
  • Grafik : NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti Laptop GPU
  • Memori : 32GB DDR5-4800 SO-DIMM x 2
  • Storan : 2TB + 2TB PCIe 4.0 NVMe M.2 Performance SSD (RAID 0)
  • Platform : Windows 11 Home
  • Skrin : ROG Nebula Display, 16-Inci UHD+ 16:10 120Hz
  • Sambungan : Wi-Fi 6E (802.11ax), Bluetooth 5.2
  • Bateri : 90WHrs, 4-cell Li-ion
  • Harga : RM22,999