Harga ASUS TUF Dash F15 (2022) Malaysia

Laptop khusus untuk gaming ASUS TUF Dash F15 generasi 2022 kini telah dilancarkan di Malaysia. Ia menampilkan pemproses Intel Core Generasi ke-12, kad grafik siri RTX 3000 terbaru serta tahap ketahanan MIL-STD-810H yang melindungi laptop dari getaran kuat, suhu yang melampau dan kelembapan tinggi.

Untuk pasaran Malaysia, ASUS TUF Dash F15 2022 hadir dengan enam varian. Setiap varian hadir dengan skrin IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080), 144Hz dan 63% sRGB.

Setiap varian juga dikuasakan oleh Windows 11 Home, memiliki Wi-Fi 6(802.11ax) dan Bluetooth 5.2, kamera 720P HD di bahagian hadapan, sokongan Aura Sync serta bateri 76WHrs, 4-cell Li-ion.

Harga ASUS TUF Dash F15 (2022) Malaysia

Untuk bilangan port, terdapat 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C yang menyokong DisplayPort, power delivery dan G-SYNC. Terdapat juga port 1x Thunderbolt 4 dengan sokongan DisplayPort, 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x HDMI 2.0b, 1x RJ45 LAN port dan 1x 3.5mm Combo Audio Jack.

Perbezaan utama antara kesemua varian adalah dari segi pemproses, kad grafik dan kapasiti RAM yang digunakan. Anda boleh melihat pecahan spesifikasi dan harga ASUS TUF Dash F15 2022 di Malaysia seperti carta di bawah.

Model Spesifikasi
FX517Z-MHN145W
  • 12th Gen Intel Core i7-12650H
  • RTX 3060 6GB GDDR6
  • 16GB DDR5-4800
  • 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • RM6,299
FX517Z-MHN144W
  • 12th Gen Intel Core i5-12450H
  • RTX 3060 6GB GDDR6
  • 8GB DDR5-4800
  • 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • RM5,499
FX517Z-EHN091W
  • 12th Gen Intel Core i7-12650H
  • RTX 3050Ti 4GB GDDR6
  • 8GB DDR5-4800
  • 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • RM5,399
FX517Z-CHN113W
  • 12th Gen Intel Core i7-12650H
  • RTX 3050 4GB GDDR6
  • 8GB DDR5-4800
  • 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • RM5,199
FX517Z-EHN090W
  • 12th Gen Intel Core i5-12450H
  • RTX 3050Ti 4GB GDDR6
  • 8GB DDR5-4800
  • 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • RM4,899
FX517Z-CHN152W
FX517Z-CHN112W
  • 12th Gen Intel Core i5-12450H
  • RTX 3050 4GB GDDR6
  • 8GB DDR5-4800
  • 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • RM4,699