Review Harga Huawei MateBook D15 (2021)

Sejak kebelakangan ini, Huawei nampaknya lebih mengutamakan pasaran laptop berbanding telefon pintar. Ianya dapat dilihat di pasaran tempatan apabila Huawei melancarkan lebih banyak model laptop dan tablet berbanding telefon pintar.

Siri utama Laptop mereka adalah Huawei Matebook yang akan bersaing dengan model Macbook keluaran Apple. Huawei MateBook D15 (2021) merupakan model terbaru yang menawarkan rekaan premium dan spesifikasi yang agak baik sesuai untuk golongan eksekutif dan professional.

Spesifikasi Huawei MateBook D15 (2021)

Huawei MateBook D15 (2021) hadir dengan Skrin IPS 15.6-inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel, 141.2 ppi) yang terletak dalam kerangka berukuran 357.8mm x 229.9mm x 16.9mm. Dimensi ini betul-betul sama dengan model sebelum ini. Ia mempunyai berat 1.53 kg dengan kerangka aluminium aloi membantu mengurangkan beratnya serta penampilan yang lebih premium dan tahan lama berbanding kerangka plastik.

Huawei menyatakan bahawa MateBook D15 ini telah menjalani pelbagai ujian termasuk keupayaan untuk menahan suhu tinggi, ujian untuk ketahanan port USB-C, ujian hayat pada papan kekunci, ujian engsel skrin dan juga pad sentuh.

Huawei MateBook D 15 (2021) dijalankan pada platform Windows 10 Home. Ia dikuasakan dengan CPU Core i5-1135G7 generasi ke-11 dengan Intel Xe Graphics bersepadu, 8GB RAM dan SSD 512GB.  Laptop premium ini juga menawarkan sambungan WiFi 6.0, Bluetooth 5.1 serta pengimbas cap jari yang terletak bersebelahan papan kekunci.

Untuk bilangan port pula, terdapat sepasang port USB 2.0 di tepi kanan bersama bicu set kepala 3.5mm. Bahagian kiri mempunyai port USB 3.2, port USB-C dengan penghantaran kuasa dan penyambung HDMI bersaiz penuh. Tiada sokongan Thunderbolt yang mungkin mengecewakan sesetengah pengguna.

Untuk bateri, peranti ini menawarkan bateri 42 Wh dengan soket pengecas utama USB-C 65W. Menurut Huawei, pengecas ini mampu memberikan dua jam penggunaan dengan hanya mengecas selama 15 minit.

Harga Huawei MateBook D15 (2021)

Untuk pasaran Malaysia, Huawei MateBook D15 (2021) ditawarkan dengan harga RM3699. Ia boleh didapati dalam warna Mystic Silver. Untuk sebuah laptop premium ini, Huawei MateBook D15 (2021) menawarkan harga yang agak berpatutan sesuai dengan spesifikasi serta kualiti yang ditawarkan.

.

Huawei MateBook D15 (2021)

  • Pemproses: Intel Core i5-1135G7
  • Grafik : Intel Iris Xe Graphics
  • Memori : 8 GB DDR4 RAM
  • Storan : 512 GB SSD
  • Platform : Windows 10 Home
  • Skrin : IPS LCD 15.6-inci FHD 1920 x 1080 pixel
  • Webcam : 720p HD
  • Sambungan : WiFi 6.0, Bluetooth 5.1
  • Bateri : 42 Wh, Pengecas USB Type-C 66W
  • Port : HDMI, 2X USB2.0, USB 3.2 Gen1, USB-C, Audio Jack
  • Harga : RM3699
Bagi yang inginkan laptop premium yang berkuasa, Huawei MateBook D15 (2021) antara yang sesuai untuk anda. Ia hadir dengan pemproses Intel Core i5-1135G7 generasi ke-11 keluaran 2021 yang dipadankan bersama 256GB SSD dan 8GB RAM. Ia juga menawarkan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi FHD 1920 x 1080 pixel.

Tags