Jika sebelum ini skrin FullView dengan bezel nipis hanya hadir untuk smartphone perdana sahaja seperti yang terdapat pada model Samsung Galaxy Note8 dan LG V30. Namun kini tidak lagi, malah penggunaan skrin dengan nisbah 18:9 itu turut hadir untuk peranti model Mid-Range seperti Vivo V7+ dan juga model baru di Malaysia, Huawei Nova 2i.
Reka Bentuk Dan Skrin
Huawei Nova 2i akan hadir dengan dua pilihan warna untuk pasaran Malaysia iaitu emas dan juga hitam. Di bawahnya terdapat port microUSB dan Audio jack manakala di belakangnya hadir dengan pengimbas cap jari.
Di bahagin depannya peranti ini menggunakan skrin IPS 5.9-inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixels, Full-HD+ dengan ketumpatan skrin sekitar 407 PPI. Peranti ini boleh merupakan smartphone termurah yang menggunakan skrin FullView buat masa ini.
Spesifikasi Dan Kamera
Huawei Nova 2i dikuasai oleh pemproses buatan Huwei sendiri iaitu Kirin 659 dengan 4 GB RAM, 64 GB ruang memori serta sokongan slot microSD sehingga 256 GB. Peranti ini juga bawakan bateri Li-Po 3340 mAh, sokongan Dual-SIM dengan rangkaian 4G LTE. Namun malangnya, tiada port USB Type-C untuk peranti ini sebaliknya masih menggunakan port microUSB untuk pengecasan dan penghantaran data.
Untuk kamera, Huwei Nova 2i hadir dengaan 4 kamera dimana dua lensa di bahagian belakang dan dua lensa selfie di depan. Penggunaan dua sensor 13 Megapixel dan 2 Megapixel di depan sangat membantu menghasilkan gambar portrait dengan kesan bokeh yang lebih baik seperti penggunaan DSLR.
Begitu juga dengan kamera belakngnya yang hadir denagn lensa 16 Megapixel dan 2 Megapixel yang mampu menghasilkan gambar photo yang lebih sempurana. Kamera utamanya juga turut dikengkapi dengan fungsi PDAF, HDR, Panorama dan rakaman video 1080P.
Spesifikasi Huawei Nova 2i | |
---|---|
Platform | Android 7.0 (Nougat) |
Pemproses |
|
Memori | 64 GB Memori Dalaman dan 4 GB RAM |
Paparan | IPS LCD 5.9 inci, 1080 x 2160 pixels (Full-HD+) |
Kamera Utama |
|
Kamera Depan | Dual 13 Megapixel + 2 Megapixel |
Ciri-Ciri |
|
Harga Di Malaysia | RM1299 (64GB Model), Jualan Bermula 13 Oktober 2017 |
Kelebihan |
|
Kekurangan |
|
Dapatkan Smartphone Huawei Nova 2i Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang |
Harga Huawei Nova 2i Di Malaysia
Huawei Nova 2i akan mulakan julan di Malaysia bermula 13 Oktober ini yang boleh didapati dari pengedar rasmi Huawei dan Lazada Malaysia. Harga Huawei Nova 2i di Malaysia ialah RM1299 dengan memori 64GB.
- Spesifikasi Penuh Huawei Nova 2i
- Smartphone Terbaik Bawah RM1500
- Semak Harga Huawei Malaysia Terkini
Dengan harga tersebut, peranti tersebut akan jadi saingan hebat pada Xiaomi Mi A1, Vivo V7+, Sony Xperi XA1 Plus serta Asus Zenfone 4 Selfie yang baru sahaja di pasaran sekarang. Namun, bagi yang mencari smartphone dengan skrin yang lebih besar, Huawei Nova 2i adalah pilihan yang lebih baik.