Huawei Malaysia baru sahaja melancarkan model premium mereka iaitu Huawei P50 Pro untuk pasaran tempatan. Model baru ini mempunyai skrin melengkung FHD+ OLED 6.6-inci dengan kadar penyegaran 120Hz serta lubang kamera hadapan dengan sensor tunggal 13MP.

Ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 888 dengan 8GB RAM serta storan dalaman sebesar 256GB. Untuk bateri, Ia dipadankan dengan bateri 4360mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. P50 Pro juga dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar 50W.

Untuk kamera, Huawei P50 Pro mempunyai empat kamera belakang termasuk kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 13MP, kamera telefoto periskop 64MP OIS dengan kemampuan zum sehingga 200x serta kamera hitam putih 40MP.

Siri P50 menampilkan sistem HUAWEI XD Optics yang baru bagi memperkasakan gambar fotografi yang diambil dengan kejelasan yang lebih baik. manakala enjin imej HUAWEI XD Fusion Pro juga telah dinaik taraf membantu menghasilkan butiran imej yang lebih jelas dan terperinci.

Harga Huawei P50 Pro Di Malaysia

.

Huawei P50 Pro

  • Skrin : 6.6-Inci, 1228 x 2700 pixels, 120Hz
  • Pemproses : Qualcomm Snapdragon 888 4G (5 nm)
  • Platform : HarmonyOS 2.0
  • Memori : 8GB RAM/256GB
  • Sambungan : WiFi 6, Bluetooth 5.2, USB Type-C 3.1, NFC, Infrared
  • Bateri : Li-Po 4360 mAh, Pengecas pantas 66W, Pengecas tanpa wayar 50W
  • Harga Di Malaysia : RM4199
Huawei Malaysia kini membuka pra-tempahan untuk Huawei P50 Pro  sehingga 22 Januari 2022 ini. Bagi yang berminat boleh dapatkan Huawei P50 Pro pada harga RM4199 sebuah yang hadir dalam dua pilihan warna iaitu emas dan hitam.