Review Harga Oppo Find X5 Pro 5G Malaysia

OPPO Malaysia baru sahaja memperkenalkan smartphone ultra premium baru iaitu Oppo Find X5 Pro. Peranti ini mempunyai bahagian belakang seramik yang yang nampak lebih premium dan kuat berbanding panel kaca konvensional. Ia juga kalis percikan, air dan habuk dengan penarafan IP68.

Telefon ini hadir dengan paparan AMOLED 6.8-inci QHD+ 120Hz, dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 1 dan bateri dwi-sel 5000mAh dengan Enjin Kesihatan Bateri bagi membantu mengekalkan hayat bateri yang optimum dalam tempoh masa yang lebih lama.

Telefon ini juga mempunyai teknologi pengecasan 80W SUPERVOOC yang mampu mengecas daripada 0 hingga 50% dalam masa 12 minit sahaja, dan mempunyai AIRVOOC 50W yang boleh mengecas sehingga 100% secara tanpa wayar dalam masa 47 minit sahaja.

Oppo Find X5 Pro mempunyai kamera sudut lebar dan ultra lebar dan kedua-duanya dengan sensor 50MP IMX766. Kamera utamanya mempunyai sistem OIS lima paksi bagi mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar atau video. Selain itu, model premium ini turut menampilkan sensor telefoto dengan kebolehan 2x zum optikal serta kamera tunggal 32MP dibahagian hadapan untuk mengambil gambar selfie.

Review Harga Oppo Find X5 Pro 5G Malaysia

.

Oppo Find X5 Pro 5G

  • Skrin : LTPO2 AMOLED 6.7-Inci, 1440 x 3216 pixels, 120Hz, HDR10+
  • Pemproses : Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm)
  • Platform : Android 12, ColorOS 12.1
  • Memori : 256GB / 12GB RAM
  • Kamera Utama : 50MP (Wide), 13MP (Telephoto), 50MP (Ultrawide)
  • Kamera Selfie : 32MP
  • Sambungan : Dual Band WiFi, Bluetooth 5.2, NFC
  • Bateri : Li-Po 5000 mAh, Pengecas pantas 80W
  • Harga Di Malaysia : RM4999
OPPO Find X5 Pro boleh didapati dalam warna Hitam dan Putih dan berharga RM4999 untuk model 256GB/12GB. Ia boleh ditempah mulai hari ini hingga 27 May 2022 dan berpeluang untuk mendapat hadiah menarik sehingga RM1,726 termasuk Oppo Enco X2 (Bernilai RM799), jaminan lanjutan peranti selama 1 tahun (Bernilai RM399) serta pelindungan skrin selama 1 tahun (Bernilai RM199).