Harga POCO X4 GT Malaysia

POCO baru sahaja memperkenalkan smartphone pertengahan Poco X4 GT untuk pasaran Malaysia. Ia mempunyai skrin LCD FHD+ 6.6-inci dengan kadar penyegaran 144Hz 7 langkah, sokongan Dolby Vision serta kamera hadapan 16MP.

Di bahagian dalam, peranti ini dikuasakan oleh pemproses Dimensity 8100 SoC dengan sokongan untuk teknologi cecair penyejuk VC 2.0 , mempunyai 8GB RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.

Terdapat kamera belakang 64MP bersama-sama 8MP sudut ultra lebar dan kamera makro 2MP. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi serta memuatkan bateri 5080mAh yang besar dengan sokongan untuk pengecasan pantas 67W yang boleh mengecas sehingga 100% dalam tempoh 46 minit sahaja.

Harga POCO X4 GT Malaysia

POCO X4 GT boleh didapati dalam warna Hitam, Biru dan Perak dengan harga RM1499 untuk model 128GB / 8GB RAM dan RM1599 untuk model 256GB / 8GB RAM. Bagi yang ingin membeli dengan harga diskaun, anda boleh dapatkannya di Lazada Malaysia pada 30 June hingga 1 July ini dimana anda akan menerima diskaun sebanyak RM100.

Spesifikasi Xiaomi Poco X4 GT
Platform Android 12, MIUI 13
Pemproses MediaTek Dimensity 8100 (5 nm)
Memori
  • 128 GB / 8 GB RAM
  • 256 GB / 8 GB RAM
Skrin
  • IPS LCD 6.6 inci, 1080 x 2460 pixels (FHD+)
  • 144Hz Refresh Rate
  • Sokongan HDR10, Dolby Vision
Kamera Utama
  • 64 Megapixel (F1.9, Wide)
  • 8 Megapixel (F2.2, Ultrawide)
  • 2 Megapixel (F2.4, Macro)
  • 4K@30fps, 1080p@30/60fps
Kamera Depan
  • 20 Megapixel (F2.5)
Ciri-Ciri
  • Bateri 5000 mAh dengan pengecasan pantas 67W
  • Sambungan 5G SA/NSA Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di sisi.
  • Sambungan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6
  • Bluetooth 5.3, A2DP, LE
Harga Di Malaysia
  • RM1499 (128GB / 8GB RAM)
  • RM1599 (256GB / 8GB RAM)
  • Jualan Bermula 27 June 2022
Beli Xiaomi Poco X4 GT Di Shopee Malaysia Beli di Shopee