Pada bulan March yang lalu, Realme Malaysia telah memperkenalkan model realme 9 Pro+ yang telah dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM1399. Kini mereka melancarkan model edisi terhad kepada model tersebut yang dinamakan Realme 9 Pro+ Free Fire.
Model Realme 9 Pro+ Free Fire Edisi Terhad ini memiliki bahagian belakang telefon dengan penjenamaan Free Fire. Ia juga hadir dengan tema “Free Fire” untuk antaramuka realme UI 3.0.
Untuk spesifikasi, peranti ini berkongsi spesifikasi yang sama dengan model Realme 9 Pro+ yang biasa. Ianya termasuk dengan skrin Super AMOLED FullHD+ 6.4-inci dengan kadar penyegaran 90Hz, dikuasakan oleh SoC Dimensity 920 dengan sokongan untuk beberapa jalur 5G.
Untuk kamera, telefon ini mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766, OIS, kamera sudut lebar 8MP 119° dan kamera makro 2MP. Ia turut hadir dengan kamera selfie 16MP yang menggunakan sensor Sony IMX471.
![]() . Realme 9 Pro+ Free Fire |
|
Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM1499 iaitu RM100 lebih mahal berbanding model Realme 9 Pro+ biasa. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Realme atau kedai atas talian bermula 20 May 2022 ini. |
Latest Phones In Malaysia |






Comments |
Leave a Reply