Review Harga Realme 9i Malaysia

Realme Malaysia baru sahaja melancarkan peranti mampu milik Realme 9i untuk pasaran tempatan. Model baru ini dilengkapi dengan skrin LCD FHD+ 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuh 180Hz.

Ia dikuasakan oleh Snapdragon 680 6nm SoC dengan memori dalaman sebesar 128GB serta dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB. Telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, slot kad dual-SIM dan microSD khusus, dan dilengkapi bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Untuk kamera, Realme 9i memiliki kamera utama 50MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Untuk mengambil gambar selfie pula, ia hadir dengan sensor 16MP yang terletak di bahagian hadapan.

Realme 9i akan datang dalam warna Blue Quartz dan Black Quartz dan dijual pada harga RM799 untuk model 4GB/128GB dan RM869 untuk model 6GB/128GB. Ia boleh dibeli mulai 19 Januari melalui laman Shopee.

.

Realme 9i

  • Skrin : 6.6-Inci, 2412×1080 pixels, 90Hz
  • Pemproses : Qualcomm Snapdragon 680
  • Platform : realme UI 2.0 / Android 11
  • Memori : 4GB RAM/128GB dan 4GB RAM/128GB
  • Kamera Utama : 50MP+2MP+2MP
  • Kamera Selfie : 16MP
  • Sambungan : Dual Band WiFi, Bluetooth 5.0
  • Bateri : 5000 mAh, Pengecas pantas 33W Dart Charge
  • Harga Di Malaysia : Bermula RM799
Realme 9i kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM799 untuk model 4GB/126GB dan RM869 untuk model 6GB/128GB. Realme 9i merupakan smartphone pertengahan dengan Snapdragon 680 dan skrin IPS FHD+ 6.6 inci.

Tags