Review Harga Samsung Galaxy M53 Malaysia

Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan model baru untuk pasaran tempatan iaitu Galaxy M53 5G. Peranti ini mempunyai skrin 6.7″ Infinity-O 120Hz FHD+ Super AMOLED dengan kamera tunggal 32MP di bahagian hadapan.

Ia turut dikuasakan oleh Dimensity 900 SoC serta menyokong dengan 6GB RAM dan 128GB memori terbina. Telefon ini menjalankan Android 12 dan akan mendapat dua tahun kemas kini OS Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Untuk kamera, Samsung Galaxy M53 dimuatkan dengan kamera belakang 108MP yang turut hadir bersama dengan lensa ultra lebar 8MP, lensa kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Ia juga hadir dengan bateri 5000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy M53 5G didatangkan dalam warna hijau, biru dan coklat yang akan ditawarkan di Malaysia bermula 8 Jun ini. Harga Samsung Galaxy M53 5G di Malaysia adalah RM1999 untuk model 6GB / 128GB.

Review Harga Samsung Galaxy M53 Malaysia

.

Samsung Galaxy M53

  • Skrin : Super AMOLED Plus 6.7-Inci, 1080 x 2408 pixels, 120Hz
  • Pemproses : MediaTek MT6877 Dimensity 900 (6 nm)
  • Platform : Android 12, One UI 4.1
  • Memori : 128GB / 6GB RAM
  • Kamera Utama : 108MP (Wide), 8MP (Ultrawide), 2MP (Depth), 2MP (Macro)
  • Kamera Selfie : 32MP
  • Sambungan : Dual Band WiFi, Bluetooth 5.2
  • Bateri : Li-Po 5000 mAh, Pengecas pantas 25W
  • Harga Di Malaysia : RM1999
Samsung Galaxy M53 merupakan smartphone pertengahan dengan skrin Super AMOLED 6.7 inci, pemproses Dimensity 900 (6 nm), 32MP kamera hadapan serta dikuasakan oleh Android 12. Terdapat empat kamera belakang iaitu 108MP, 8MP dan dua lensa 2MP untuk makro dan sensor kedalaman. Harga Samsung Galaxy M53 5G di Malaysia adalah RM1999 untuk model 6GB / 128GB.