Harga Xiaomi 12 Lite di Malaysia Terkini

Xiaomi Malaysia telah melancarkan smartphone kelas pertengahan terkini yang dikenali sebagai Xiaomi 12 Lite. Untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual dengan harga bermula RM1699.

Dari segi spesifikasi, peranti ini mempunyai skrin AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) bersaiz 6.55 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan untuk HDR10+ dan Dolby Vision.  Telefon ini turut dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 778G dan bateri 4300mAh yang boleh dicas dengan pengecas 67W.

Untuk kamera, Xiaomi 12 Lite mempunyai tiga kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 108MP yang menggunakan sensor Samsung HM2 1/1.52″, kamera Ultra-Lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Ia juga mempunyai kamera hadapan 32MP dengan autofokus untuk gambar selfie.

Harga Xiaomi 12 Lite di Malaysia Terkini

Harga Xiaomi 12 Lite Di Malaysia

Xiaomi 12 Lite didatangkan dalam warna Lite Green, Lite Pink dan hitam yang dijual di Malaysia pada harga RM1699 untuk model 128GB/8GB dan RM1899 untuk model 256GB/8GB.

Semak spesifikasi penuh dan harga Xiaomi 12 Lite di Malaysia terkini.