Harga Xiaomi Poco F4 Malaysia

Selain POCO X4 GT, POCO juga telah melancarkan POCO F4, model telefon pintar siri F terbaru untuk pasaran tempatan. Ia mempunyai skrin 6.67-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz serta kamera 20MP dihadapan untuk selfie.

Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 870 SoC serta hadir dengan dua pilihan memori iaitu 128 GB / 6 GB RAM dan 256 GB / 8 GB RAM. Di bahagian belakang, telefon pintar ini mempunyai kamera utama 64MP dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Telefon ini mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, dilengkapi dengan bateri 4500mAh yang boleh mengecas sehingga 100% dalam masa 38 minit dengan pengecas pantas 67W.

Harga Xiaomi Poco F4 Malaysia

POCO F4 didatangkan dalam warna Night Black dan Nebula Green. Ia akan dijual di Malaysia bermula 27 June ini melalui kedai rasmi Xiaomi termasuk di Shopee dan Lazada.

Poco F4 ditawarkan pada harga RM1,599 untuk model 6GB/128GB dan RM1,699 untuk model 8GB/256GB. Anda boleh dapatkan diskaun RM100 untuk pembelian pada 27 – 28 June ini melalui Shoppe Malaysia.

Spesifikasi Xiaomi Poco F4
Platform Android 12, MIUI 13
Pemproses Qualcomm SM8250-AC Snapdragon 870 5G (7 nm)
Memori
  • 128 GB / 6 GB RAM
  • 256 GB / 8 GB RAM
Skrin
  • AMOLED 6.67 inci, 1080 x 2400 pixels (FHD+)
  • 120Hz Refresh Rate
  • Sokongan HDR10+, Dolby Vision
  • Corning Gorilla Glass 5
Kamera Utama
  • 64 Megapixel (F1.8, Wide)
  • 8 Megapixel (F2.2, Ultrawide)
  • 2 Megapixel (F2.4, Macro)
  • 4K@30fps, 1080p@30/60fps
Kamera Depan
  • 20 Megapixel (F2.5)
Ciri-Ciri
  • Bateri 4500 mAh dengan pengecasan pantas 67W
  • Sambungan 5G SA/NSA Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di sisi.
  • Sambungan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6
  • Bluetooth 5.3, A2DP, LE
  • Sokongan NFC dan InfraRed
  • Tahan habuk dan percikan air (IP53)
Harga Di Malaysia
  • RM1599 (128GB / 6GB RAM)
  • RM1699 (256GB / 8GB RAM)
  • Jualan Bermula 27 June 2022
Beli Xiaomi Poco F4 Di Shopee Malaysia Beli di Shopee