Redmi Note 5 bukanlah sebuah peranti yang mantap. Namun peranti dari siri Redmi Note ini sentiasa dianggap “raja” untuk kategori smartphone mid-range dibawah RM1000. Ia menawarkan rekaan yang premium, spesifikasi yang bagus pada harga yang lebih murah berbanding pesaingnya.
Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Pro
Rekaannya tidak asing lagi bagi kita. Ia agak mirip dengan iPhone X dengan susunan dual kamera secara menegak di bahagian belakang. Peranti ini membawakan empat pilihan warna termasuk hitam, emas, merah jambu dan biru. Namun di Malaysia mungkin warna emas dan hitam yang dibawa masuk.
Xiaomi juga bawakan skrin yang lebih besar untuk peranti ini dengan saiz 5.99 inci dan resolusi 1080 x 2160 pixel serta perlindungan dari Corning Gorilla Glass.
Xiaomi Redmi Note 5 Pro |
Di bahagian dalam, peranti mid-range terbaik ini bawakan pemproses Snapdragon 636 dengan CPU Octa-Core 1.8 Ghz dan GPU Adreno 509. Buat masa ini, tiga model popular yang telah menggunakan cipset yang sama iaitu Asus Zenfone 5 ZE620Kl dan model yang juga akan diumumkan pada bulan hadapan iaitu Asus ZenFone Max Pro M1.
Terdapat dua pilihan memori dalaman untuk pasaran Malaysia iaitu 32GB/3GB RAM dan juga 64GB/4GB RAM. Masih kekurangan memori?. Peranti ini turut menawarkan slot microSD yang boleh diisi sehingga 256GB.
Xiomi Redmi Note 5 Pro menawarkan dual lensa di bahagian belakang dengan sensor 12 Megapixel dan 5 Megapixel serta menyokong teknologi AI. Bagi yang gemar berselfie, peranti ini menyediakan kamera 13 Megapixel serta LED Flash hadapan untuk gambar portrait yang lebih cerah dan jelas. Spesifikasi sepenuhnya seperti dibawah.
Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Pro | |
---|---|
Platform | Android 8.0 (Oreo) |
Pemproses | Qualcomm SDM636 Snapdragon 636, Octa-Core 1.8 GHz Kryo 260 |
Memori |
|
Paparan | IPS LCD 5.99 inci, 1080 x 2160 pixels (FHD+) |
Kamera Utama |
|
Kamera Depan | 13 Megapixel (F2.0), LED Flash |
Ciri-Ciri |
|
Harga Di Malaysia |
|
Model Pesaing | |
Kelebihan |
|
Kekurangan |
|
Dapatkan Smartphone Xiaomi Redmi Note 5 Pro Melalui Lazada Malaysia Beli |
Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro
Seperti yang telah dinyatakan, Harga Xiaomi Redmi Note 5 di Malaysia bemula RM799 untuk model 32GB. Bagi yang inginkan ruang memori yang lebih besar boleh dapatkan model 64GB pada harga RM999. Jualan rasmi akan bermula 5 May ini yang boleh dibeli melalui Lazada Malaysia.
Latest Phones In Malaysia |
Comments |
Leave a Reply Cancel reply