Harga Xiaomi Smart Band 7

Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi Smart Band 7 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan penjejak kecergasan yang mempunyai skrin AMOLED 1.62 inci dengan lebih 100 muka jam yang menarik.

Ia mempunyai lebih 110 mod sukan dengan tiga mod tambahan – latihan beban, tempoh pemulihan dan kesan latihan yang membolehkan pengguna menilai dan melaraskan jadual dan intensiti senaman mereka untuk prestasi yang lebih maksimum.

Peranti ini juga menampilkan analisis senaman profesional VO₂ max, yang mengukur jumlah maksimum oksigen yang boleh digunakan pengguna semasa bersenam. Ciri lain termasuk penjejakan tidur, SpO₂ dan pemantauan kadar jantung. Xiaomi Smart Band 7 mempunyai ciri-ciri kalis air 5ATM dan boleh bertahan sehingga 14 hari untuk sekali cas.

Harga Xiaomi Smart Band 7

Xiaomi Band 7 boleh didapati dalam warna Hitam dengan pilihan tali dalam warna Ivory, Olive, Orange, Blue, Black dan Pink. Ia juga boleh didapati dalam warna baru termasuk Neon Green, Neon Orange, Khaki Green dan Khaki Blue.

Harga Xiaomi Smart Band 7

Harga Xiaomi Smart Band 7 adalah RM199 dan anda boleh dapatkan pada harga promosi RM169 jika anda membeli pada 25 June 2022. Bagi yang berminat boleh dapatkannya di Shopee Malaysia.