Harga Yamaha MT-09 (2022) Malaysia

Model Yamaha MT-09 (2022) baru saja mendapat kemaskini warna baru untuk tahun ini iaitu dengan warna Tech Black dan Cyan Storm bagi menggantikan warna sebelum ini Icon Blue dan Storm Fluo. Harganya masih kekal iaitu RM54,998, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Untuk spesifikasi dan reka bentuk, tiada perubahan dilakukan berbanding model 2021. Yamaha MT-09 (2022) dikuasakan oleh enjin 3-Silinder, 4-Stroke, 4-Valve, 889cc dengan sistem penyejuk cecair. Enjin tersebut menghasilkan kuasa kuasa 87.5 kW (119PS) pada 10,000 rpm dan tork 93Nm pada 7,000 rpm.

Untuk panel meter, Yamaha MT-09 (2022) menampilkan skrin TFT-LCD 3.5-inci dengan meter RPM yang boleh bertukar warna mengikut rev enjin. Maklumat lain yang terdapat pada panel meter termasuk penunjuk gear, jam dan sebagainya.

Harga Yamaha MT-09 (2022) Malaysia

Yamaha MT-09 (2022) memiliki tangki bahan api berkapasiti 14 liter dengan berat keseluruhan 189 kg. Sistem suspensinya menggunakan Telescopic Forks dibahagian hadapan manakala dibahagian belakang hadir dengan suspensi jenis Swingarm (Link Suspension).

Review Yamaha MT-09 (2022) Malaysia

Spesifikasi Yamaha MT-09 (2022)

  • Enjin : 3-Silinder, 4-Stroke, 4-Valve, DOHC, 889cc
  • Transmisi : 6 Kelajuan
  • Bore X Stroke : 78.0 mmX 62.1 mm
  • Nisbah Mmpatan : 11.5 : 1
  • Kuasa : 87.5 kW (119PS) @ 10,000 rpm
  • Tork : 93Nm (9.5 kg-m) @ 7,000 rpm
  • Bahan Api : 14L tangki bahan api dengan sistem Fuel Injection
  • Meter : Panel meter TFT 3.5 inci
  • Lampu : Lampu LED untuk Headlight dan Taillight
  • Brek : Dual Disc, 298 mm (Depan), Single Disc, 245 mm (Belakang)
  • Suspensi : Telescopic Forks (Depan), Swingarm (Belakang)
  • Harga : RM54,998, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Harga Yamaha MT-09 (2022)

Harga Yamaha MT-09 (2022) adalah RM54,998 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran) dan boleh didapati di semua bilik pameran Yamaha Malaysia. Setiap pembelian akan disertakan dengan waranti dua tahun atau 20,000 km.