Router WIFI 6 Mampu Milik

Kebanyakan rumah di Malaysia masih lagi menggunakan router yang dengan WiFi 4 (802.11n) dan WiFi 5 (802.11ac). Ia tidaklah begitu teruk kerana WiFi 4 dan WiFi 5 masing-masing masih lagi menawarkan kelajuan internet yang baik iaitu sehingga 600Mbps untuk WiFi 4 dan sehingga 3.5 Gbps untuk WiFi 5.

Namun, perkara penting yang harus anda pertimbangkan adalah, adakah anda masih mendapat kestabilan serta kelajuan internet yang sama apabila menggunakan lebih banyak peranti yang disambung menggunakan router yang sama. Dengan itulah terciptanya standarad baru untuk WiFi iaitu WiFi 6 yang bukan sahaja menawarakan kepantansan berganda tetapi ia juga menawarkan kestabilan internet yang lebih baik walaupon disambung pada peranti yang banyak.

Bagi rumah yang menggunakan banyak peranti di rumah sudah tentu router WIFI 6 akan menjadi pilihan. Tambahan pula harganya kini amat mampu milik dimana anda boleh dapatkan sebuah router WIFI 6 dengan herga serendah RM170 di Malaysia.

.

1. Huawei WiFi AX3 Pro

  • WiFi AX3000 dengan kelajuan sehingga 2402 Mbps (5 GHz), 574 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
  • Harga RM259
Huawei WiFi AX3 Pro merupakan router WiFi 6 yang menggunakan pemproses Quad-Core 1.4GHz serta menyokong bandwidth 160MHz. Berbanding kebanyakan router WiFi 6, Huawei WiFi AX3 Pro memiliki kelajuan dua kali ganda yang mencapai sehingga 2402 Mbps.

.

2. TP-Link Archer AX50

  • WiFi AX3000 dengan kelajuan sehingga 2402 Mbps (5 GHz), 574 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
  • Harga RM299
TP-Link Archer AX50 menggunakan WiFi AX3000 dengan kelajuan pantas sehingga 2402 Mbps. Dengan teknologi OFDMA dan MU-MIMO, router ini boleh disambung sehingga 256 peranti sereantak serta mengekalkan kestabilan serta kelajuan internet.

.

3. Tenda TX3

  • WiFi AX1800 dengan kelajuan sehingga 1201 Mbps (5 GHz), 574 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
  • Harga RM229
Tenda TX3 juga menggunakan teknologi MU-MIMO + OFDMA untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan rangkaian dengan ketara, membolehkannya menyokong lebih banyak peranti pada masa yang sama, menghilangkan kependaman serta membolehkan video 4K diamainkan dengan lebih lancar.

.

4. TP-Link Archer AX20

  • WiFi AX1800 dengan kelajuan sehingga 1201 Mbps (5 GHz), 574 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA
  • Harga RM229
TP-Link Archer AX20 menawarkan router dengan kelajuan sehingga 1201 Mbps pada harga yang mampu milik. Didalamnya ia dikuasakan oleh cip Broadcom BCM6755 1.5Ghz Quad-Core CPU serta menyokong teknologi seperti OFDMA, MU-MIMO, Beamforming, WPA3, OneMesh dan sebagainya.

.

5. D-Link DIR-X1860

  • WiFi AX1800 dengan kelajuan sehingga 1200 Mbps (5 GHz), 600 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
  • Harga RM269 – RM279
D-Link DIR-X1860 adalah dual-band router yang menjanjikan sambungan Wi-Fi hingga 600 Mbps pada band 2.4GHz dan 1200 Mbps pada band 5GHz ketika digunakan dengan peranti yang menyokong Wi-Fi 6. Ia turut hadir dengan teknologi OFDMA dan MU-MIMO dimana ia boleh disambung lebih banyak peranti tanpa menjejaskan kelajuan dan kestabilan internet.

.

6. Mercusys MR70X

  • WiFi AX1800 dengan kelajuan sehingga 1201 Mbps (5 GHz), 574 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
  • Harga RM169
Jika bajet anda dibawah harga RM200, Mercusys MR70X salah satu model yang sesuai untuk anda. Ia menampilkan rekaan hitam bergaya dengan empat antena. Oleh kerana router ini menyokong teknologi WiFi 6, ia menawarkan prestasi yang sangat baik setanding dengan pesaingnya yang dijual pada harga lebih tinggi.

.

7. D-Link DIR-X1560

  • WiFi AX1500 dengan kelajuan sehingga 1200 Mbps (5 GHz), 300 Mbps (2.4 GHz)
  • Sokongan Dual Band WiFi (5 GHz dan 2.4 GHz)
  • Menggunakan teknologi OFDMA dan MU-MIMO
  • Harga RM199
DIR-X1560 adalah router dengan badan kecil dengan rekaan warna hitam serta memiliki empat antena yang boleh laras. Ia merupakan router AX1500 dual-band dengan kepantasan transmisi sehingga 300Mbps pada band 2.4GHz dan hingga 1200Mbps pada band 5GHz.