Harga Samsung Galaxy M21 (2021)

Samsung baru sahaja mengumumkan peranti mampu milik baru iaitu Galaxy M21 (2021) untuk pasaran India. Ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan model asal Galaxy M21 yang telah dilancarkan tahun lalu, namun model baru ini dilengkapi dengan rekaan baru serta menggunakan kamera dengan sensor Samsung ISOCELL GM2 48MP yang lebih terkini.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy M21 (2021) hadir dengan skrin 6.4 inci FullHD+ Infinity-U Super AMOLED serta dikuasakan oleh pemproses Exynos 9611 10nm SoC terbaru dengan RAM hingga 6GB dan memori dalaman sehingga 128GB. Ia juga dilengkapi dengan slot dualSIM dan microSD khusus serta bateri 6000mAh yang besar dengan pengecasan pantas 15W melalui USB Type-C.

Untuk kamera, peranti ini hadir dengan kamera belakang utama 48MP, 8MP kamera sudut lebar, sensor kedalaman 5MP serta kamera 20MP untuk selfie.

Samsung Galaxy M21 (2021) hadir dalam warna Arctic Blue dan Charcoal Black dengan harga Rs. 12499 (Sekitar RM699) untuk model 4GB / 64GB manakala model 6GB / 128GB dijual pada harga Rs. 14499 (Sekitar RM849) di India. Buat masa ini tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran serta harga untuk pasaran Malaysia.