Samsung Galaxy M32

Samsung baru saja melancarkan Samsung Galaxy M32 yang merupakan telefon pintar dari Siri M untuk pasaran kelas pertengahan. Model baru ini membawakan paparan Super AMOLED Infinity-U bersaiz 6.4 inci FHD+ dengan kadar penyegaran 90Hz.

Dibahagian dalam, peranti ini dikuasakan oleh MediaTek Helio G80 SoC dengan RAM hingga 6GB serta memori dalaman sehingga 128GB. Ia turut menyokong slot tambahan microSD sehingga 1TB. Telefon ini juga menjalankan Android 11 dengan antaramuka One UI 3.1, sistem keselamatan Knox serta menyokong fungsi Samsung Pay.

Untuka kamera, ia menempatkan empat kamera belakang  yang merangkumi kamera utama 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP, dan kamera medan kedalaman 2MP manakala kamera depan pula menggunakan sensor 20MP. Selain itu, telefon ini mempunyai pembaca cap jari di sisi, bateri 6,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy M32 hadir dalam warna Hitam dan Biru Muda dengan harga jualan di India Rs.14999 untuk model 4GB / 64GB dan Rs.16999 untuk model 6GB / 128G. Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran tempatan.