Samsung Galaxy M51 adalah telefon bimbit pertengahan yang akan mengfokuskan pada jangka hayat bateri yang tahan lama. Pengguna Twitter yang bernama @Sudhanshu dari India telah mendedahkan gambar dan maklumat spesifikasi Samsung Galaxy M51.
Menurut @Sudhanshu, Peranti ini dijangka hadir dengan paparan Super AMOLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran 60Hz dan resolusi 1080 x 2340 pixel. Di atas skrinnya terdapat lubang yang menempatkan kamera 32MP untuk selfie dan panggilan video.
Bahagian belakang telefon pula akan menempatkan empat kamera dengan sensor utama 64MP dengan bukaan f/1.8, kamera sudut lebar 12MP f/2.2, sensor kedalaman 5MP f/2.4, dan kamera makro 5MP f/2.4.
Samsung Galaxy M51 akan hadir dengan bateri 7000mAh yang besar dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25W. Ia juga akan menjalankan Android 10 di luar kotak dan menggunakan pemproses Snapdragon 730G serta memiliki pengimbas cap jari di sisi.
Buat masa ini masih lagi belum diketahui mengenai tarikh pelancaran serta harga Samsung Galaxy M51.