Harga Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Samsung Malaysia baru sahaja memperkenalkan tablet mampu milik untuk pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy Tab A7 Lite. Tablet ini menawarkan skrin jenis TFT bersaiz 8.7 inci dengan resolusi 1340×800 pixel WUXGA+. Ia turut dikuasakan oleh pemproses Octa-Core MediaTek Helio P22T SoC yang dipasangkan dengan 4GB RAM dan 64GB memori dalaman yang boleh ditambah sehingga 1TB melalui microSD.

Untuk kamera, Galaxy Tab A7 Lite ini memiliki kamera tunggal di belakang dengan sensor 8MP manakala kamera hadapan pula menempatkan sensor 2MP. Peranti ini dijalankan pada Android 11 dengan One UI serta menerima bateri 5100mAh dengan pengecasan pantas 15W.

Spesifikasi & Harga Samsung Galaxy Tab A7 Lite

  • Skrin TFT 8.7-inci dengan resolusi 1340×800 pixel WUXGA+
  • Pemproses Octa-Core MediaTek Helio P22T dengan IMG GE8320 650 GPU
  • 4GB RAM dengan 64GB storan yang boleh ditambah sehingga 1TB dengan microSD
  • Android 11 dengan antaramuka One UI
  • 8MP kamera belakang dan 2MP kamera hadapan
  • 3.5mm audio jack, Dual Stereo Speakers sound by AKG, Dolby Atmos
  •  Wi-Fi 802.11 ac (2.4GHz/5GHz), Bluetooth 5 LE, GPS, GLONASS, USB 2.0 Type-C
  • Bateri 5,100mAh battery dengan pengecas pantas 15W
  • Harga RM699 di Malaysia

Samsung Galaxy Tab A7 Lite hadir dalam warna Grey dan Silver dan berharga RM699 untuk pasaran Malaysia. Ia boleh dibeli melalui laman rasmi Samsung Malaysia. Bagi pembeli terawal akan menerima kerangka lutsinar dan langganan 108 SnapLearn e-Book selama 6 bulan secara percuma.