Leica Leitz Phone 1

Setelah sekian lama berkerjasama dengan Huawei dan Sharp, Leica akhirnya melancarkan telefon pintarnya sendiri. Diumumkan pada sidang media di Tokyo, Leitz Phone 1 adalah telefon bimbit pertama Leica yang esklusif untuk pasaran Jepun sahaja.

Dari segi reka bentuk, Leitz Phone 1 sebenarnya adalah model Sharp Aquos R6 yang dibangunkan semula dengan mengfokuskan kepada sistem kamera terbaik. Rekaan belakangnya dilengkapi dengan Leica Red Dot ditambah dengan penutup lensa bulat magnetik.

Sama seperti Sharp Aquos R6, Leitz Phone 1 membawakan sensor kamera 20MP 1-inci untuk kamera utamanya dengan bukaan f/1.9. Kamera selfie pula menggunakan kamera 12.6MP. Skrin hadapan menggunakan panel IGZO OLED bersaiz 6.6 inci dengan resolusi 2730 x 1260 pixel, serta kadar penyegaran 240Hz. Terdapat juga sensor cap jari ultrasonik 3 di bawah paparan.

Dibahagian dalam anda akan menemui pemproses Qualcomm Snapdragon 888 dan RAM 12GB serta ruang storan 256GB dan ia boleh ditambah sehingga 1TB melalui slot kad microSD. Ia juga hadir dengan bateri 5,000mAh serta mendapat penarafan kalis habuk dan air IP68.

Leica Leitz Phone 1 akan dijual pada harga JPY 187,920 (Sekitar RM7,000) untuk pasaran Jepun. Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran luar dari Jepun.