Kekurangan cip yang berterusan nampaknya masih belum reda yang menjejaskan pelbagai industri di seluruh dunia. Ia bukan sahaja telah menjejaskan pengeluaran telefon pintar dan kereta malah pasaran kamera turut terjejas seperti yang telah dilalui oleh Sony.

Sebelum ini Sony telah mengumumkan bahawa mereka telah menangguhkan jualan untuk kamera Siri Sony a7 II, a6400 dan a6100. Kini satu lagi model yang akan menerima nasib yang sama iaitu Sony ZV-E10 yang merupakan model kamera tanpa cermin khusus untuk vlogging yang baru sahaja dilancarkan Ogos lalu.

Syarikat itu menyatakan bahawa penggantungan itu adalah kerana kekurangan cip, yang menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan komponen.

Penangguhan model kamera ini turut terkesan di Malaysia apabila kebanyakan model-model kamera Sony telah “Sold Out” terutamanya di Shopee dan juga Lazada.

Tags