
Sony SmartBand 2 hadir dengan pengesan denyutan jantung, pemantau tidur dan emosi serta ciri-ciri kecergasan.
Sony telah memperkenalkan gelang kecergasan generasi ke-2 iaitu Sony SmartBand 2 yang kini hadir dengan pengesan Nadi serta lampu notifikasi bagi memudahkan anda menerima notifikasi dari telefon pintar.
Secara asasnya Sony SmartBand generasi kedua ini membawakan tiga fungsi utama termasuk menjaga kesihatan, kecergasan dan juga emosi. Bagi penjagaan kesihatan, gajet baru ini dilengkapi dengan pengesan nadi bagi mengukur denyutan jantung. Selain itu, gelang kecergasan ini turut hadir dengan pemantau tidur, sensor accelerometer dan pelbagai lagi.

Dari segi reka bentuk, ia hadir empat pilihan warna termasuk hitam, putih, merah jambu dan biru. Ia juga membawakan ciri-ciri kalis air dan debu (IP68) yang boleh menyelam sedalam 3 meter selama 30 minit.
Selain kebanyakan peranti Sony Xperia, Sony SmartBand 2 juga sesuai digunakan untuk semua perantin Android 4.4 KitKat dan keatas serta iOS 8.2. Ia akan dipasarkan September ini di lebih 60 negara dengan tag harga USD132 bersamaan atau bersamaan RM500.