Sony Xperia E4 Dual SIM Di Malaysia Dengan Harga RM459

Sony Malaysia telah mengumumkan model terbaru Sony Xperia E4 Dual SIM yang kini di pasaran Malaysia pada harga RM459. Untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan pilihan warna putih dan hitam dengsn pskej memori terbins 8 GB serta sokongan microSD sehingga 32 GB. 

Sedikit mengenai spesifikasi Sony Xperia E4 Dual SIM dimana ia hadir dengan paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi qHD 540 x 960 pixels. Peranti mampu milik ini diapadukan dengan pemproses Mediatek Quad-core 1.3 GHz serta pemproses grafik (GPU) Mali-400MP2. Selain memiliki sokongan dual-SIM, telefon bimbit ini hadir dengan kamera 5 Megapixel yang menyokong rakaman video HD 1080p manakala di bahagian hadapannya pula disertakan dengan sensor 2 Megapixel.

Sony Xperia E4 Dual SIM

Spesifikasi Sony Xperia E4 Dual SIM

  • Sokongan fungsi Dual-SIM
  • Paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi 540 x 960 pixels.
  • Sistem Operasi Android OS, v4.4.4 (KitKat)
  • Cip Pemproses Mediatek MT6582 Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7 dan GPU Mali-400MP2
  • Memori dalaman 8 GB, 1 GB RAM serta sokongan microSD
  • Kamera 5 Megapixel dan 2 Megapixel di bahagian hadapan
  • WIFI, GPS, Bluetooth, FM Radio
  • Kapasiti bateri Li-Ion 2300 mAh