Seperti yang yang telah dijangkakan, Sony telah melancancarkan dua model pertengahan di CES 2018 yang sedang berlansung di Las Vegas. Dua model tersebut ialah Sony Xperia XA2 dan Sony Xperia XA2 Ultra yang akan menggantikan model lama iaitu Sony Xperia XA1 dan Sony Xperia XA1 Ultra.

Spesifikasi Sony Xperia XA2 Dan XA2 Ultra

Untuk spesifikasi, kedua-dua model ini membawa persamaan dari segi reka bentuk dan juga spesifikasi. Perbezaan ketara hanyalah pada saiz, RAM dan bateri dimana Xperia XA1 hadir dengan skrin 5.2 inci, 3GB RAM serta bateri berkapasiti Li-Ion 3300 mAh. Manakala untuk XA2 Ultra hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.0 inci, 4 GB RAM dan juga bateri dengan kapasiti Li-Ion 3580 mAh.

Didalamnya, Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 630 dengan Adreno 510 GPU serta 32GB memori dalaman. Untuk XA2 Ultra terdapat juga pilihan dengan 64GB memori.

Sony Xperia XA2 Ultra Dengan Dual Kamera Selfie
Sony Xperia XA2 Dengan Kamera Selfie Tunggal

Kamera yng digunakan ialah jenis resolusi tinggi 23 Megapixel (F2.0) di bahagian belakang lengkap dengan fungsi phase detection autofocus, kebolehan merakam video 4K serta sensor yang bersaiz  1/2.3-inci. Kamera selfie pula dilengkapkan dengan dual-kamera dengan sensor 16 Megapixe (F2.0) dan 8 Megapixel (F2.4) yang hadir dengan sokongan penstabilan imej OIS.

Sony Xperia XA2 Sony Xperia XA2 Ultra
Platform Android 8.0 (Oreo) Android 8.0 (Oreo)
Pemproses Qualcomm Snapdragon 630 Qualcomm Snapdragon 630
GPU Adreno 510 Adreno 510
Paparan Skrin IPS 5.2 Inci, 1080 x 1920 pixels Skrin IPS 6.0 Inci, 1080 x 1920 pixels
Memori
  • 32GB With 3GB RAM
  • 32GB With 4GB RAM
  • 64GB With 4GB RAM
Kamera Utama
  • 23 Megapixel (F2.0)
  • Sensor 1/2.3” Exmor RS
  • Rakaman Video 4K
  • Rakaman gerak perlahan 120fps
  • 23 Megapixel (F2.0)
  • Sensor 1/2.3” Exmor RS
  • Rakaman Video 4K
  • Rakaman gerak perlahan 120fps
Kamera Selfie
  • 8 Megapixel (F2.4)
  • Sensor 1/4” Exmor RS
  • 16 Megapixel (F2.0) + 8 Megapixel (F2.4)
  • Sensor 1/2.6” dan 1/4″ Exmor RS
  • OIS (Optical Image Stabilizer)
Bateri
  • Li-Ion 3300 mAh
  • Li-Ion 3580 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Silver, Black, Blue, Pink
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • USB Type-C
  • Warna Silver, Black, Blue, Pink
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • USB Type-C

Kedua-dua peranti ini telah tersedia dijalankan dengan platform Android 8.0 Oreo diluar kotak dengan pengubahan antaramuka minima dari Sony. Ia juga memiliki port USB Type-C untuk pengecasan yang turut menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Harga Sony Xperia XA2 Dan XA2 Ultra

Menurut Sony, kedua-dua peraanti ini akan mula memasuki pasaran bermula bulan Febuari ini dengan harga yang masih lagi menjadi tanda tanya. Di Malaysia. Sony Xperia XA1 dan Sony Xperia XA1 Ultra masing-masing dijual dengan harga jualan RM1199 dan RM1699. Untuk model baru ini munkin akan dijual sekitar harga tersebut.