Sesetengah pengguna PC dan laptop tidak gemar menggunakan earphone atau earbud untuk mendengar muzik, menonton movie atau bermain permainan video. Mungkin tidak begitu selesa apabila aksesori telinga tersebut berada terlalu lama ditelinga. Pilihan yang ada ialah penggunaan speaker untuk PC atau laptop mereka.
Baca : Earphone Untuk Kaki Muzik dan Earbud Terbaik Bawah RM150
Di pasaran Malaysia, terdapat pelbagai jenis speaker yang sesuai untuk PC anda dari harga serendah RM20 hinggalah ke ribuan ringgit. Ianya bergantung kepada kualiti sound yang dihasilkan, fungsi serta kuliti bahan binaan. Edifier dan Logitech merupakan salah satu jenama speaker PC yang popular di kalangan pengguna Malaysia. Ia menghasilkan speaker dengan kualiti audio yang sangat baik disamping harga yang mampu milik.
Untuk harga yang lebih murah, jenama seperti SonicGear, Vinnfier dan sebagainya akan menjadi pilihan. Di bawah ini merupakan senarai speaker yang terbaik untuk PC atau Laptop anda bergantung pada bajet. Speakers tersebut termasuk Edifier R1700BT, Logitech Z623 THX 2.1, SonicGear Titan 2 dan sebagainya.
![]() . 1. Edifier R1700BT |
|
Edifier R1700BT merupakan speaker Bluetooth jenis bookshelf yang membolehkan anda menyambung dengan mudah ke pelbagai peranti, termasuk konsol permainan, komputer, Laptop atau TV. Ia merupakan speaker dengan kuasa keseluruhan 66W (RMS) yang cukup menyalurkan Bass yang kuat serta kualiti bunyi yang terbaik. |
![]() . 2. Logitech Z623 THX 2.1 |
|
Logitech Z623 THX 2.1 direka untuk memberikan pengalaman mendengan muzik dan movie yang lebih baik. Speaker yang diikhtiraf THX ini sesuai untuk digunakan bagi yang mementingkan kualiti audio berbanding pekara lain. Ia memiliki subwoofer yang besar dan dua speaker satellite dengan kuasa keseluruhan 200W (RMS). |
![]() . 3. Edifier R1280T |
|
Edifier R1280T menawarkan rekaan klassik dengan panel kayu yang kelihatan lebih menawan dan premium. Ia juga tampil dengan dial kawalan untuk volume, bass dan treble memberi ruang pada pengguna menetapkan aturan bunyi mengikut kehendak mereka. |
![]() . 4. Vinnfier Ether 5 BTR 2.1 |
|
Vinnfier Ether 5 BTR 2.1 dengan harga serendah RM99 cukup murah untuk sistem speaker 2.1 dengan 34W kuasa kesuluruhan. Ia juga dilengkapi dengan Radio FM serta sokongan SD Card dan USB slot untuk anda mainkan file MP3 dari pendrive ataupon kad SD. |
![]() . 5. Logitech Z333 2.1 |
|
Logitech Z333 2.1 dengan kuasa 40 Watt (RMS) memberikan kekuatan bunyi maksimum melalui dua pembesar suara satelit dan subwoofer besar. Ia juga memiliki subwoofer menghadap ke depan menghasilkan Bass berkuasa memberikan pengalaman menonton video, permainan dan muzik yang lebih baik. |
![]() . 6. Vinnfier ECCO 3 BTR |
|
Untuk harga yang lebih mampu milik, Vinnfier ECCO 3 BTR menawarkan speaker 12W yang serba lengkap dengan sokongan Radio FM, sokongan bluetooth serta hanya dikuasakan oleh USB 5V. Jadi ia lebih mudah alih serta mudah untuk sibawa kemana sahaja. |
![]() . 7. SonicGear Titan 2 |
|
SonicGear Titan 2 merupakan speaker bajet yang berharga hanya RM30. Ia dilengkapi dengan 2.75 inci speaker yang menawarkan kuasa keseluruhan 6W. Ia juga hadir dengan dial untuk volume serta 7 lampu LED FX dengan cahaya yang mengikut rentak muzik. |
![]() . 8. SonicGear Quatro 2 |
|
SonicGear Quatro 2 menawarkan speaker yang kompak dan mudah alih. Ia sesuai dibawa kemana sahaja memandangkan ia menggunakan sumber kuasa dari USB 5V. Harganya hanyalah RM20 sangat berbaloi dengan sistem audio yang mudah alih, serta kualiti bunyi yang ditawarkan. |
Latest Phones In Malaysia |






Comments |
Leave a Reply